19 May 2014

Cara jimat lembutkan daging/tulang

Tajuk apa ni.. Akupun kurang faham. So mari kita jelaskan...

Sebelum ni pernah share cara bagaimana nak lembutkan daging kat SINI. Cara tu rasa dah tak relevan dan aku sendiri tak praktikkan pon. 

Ni aku nak share satu lagi cara nak lembutkan daging yang cukup senang. Jimat masa dan tenaga... Hari tu aku ada rebus tulang dalam periuk pastu tinggalkan pi buat keje lain sampai lupa ke tulang tu. Sekali sedar bau hangit. Hangus dah tulang aku. Buat rugi kena campak dalam tong sampah cam tu je.. Tulang bukan murah oooiii. 10 ketol toet tu dah belas belas ringgit tau. Daging lak seciput... Sorang boleh makan dua tiga ketul je kalau masak tulang...


Kombinasi terbaik... Sup tulang, telor dadar & sambal belacan... Aku puasa hari ni. Tak abis ganti lagi... hihihi... Tengok ni tertelan telan air liur..

Nak resepi sup tulang? Ala aku pakai yang sup bunjut tulang dah siap ada dalam tu bahan empat sekawan. Cuma tumbuk bawang merah, bawang putih ngan halia. Last tabur daun sup/daun bawang. Kalau ada bawang goreng lagi sedap... Aku sejak kata bawang goreng buat dari straw dah tak pernah beli-beli lagi. Betoi ka?


Eh lupa nak bagitau caranya. Aku rebus tulang/daging tu dalam periuk nasi. Sejam aku rebus air tak kering-kering ko. Nak buat apa pun boleh. Siap boleh tido tido lagi. Aku rebus dalam sejam setengah. Ate daging import. Lembut giler. Kalau pakai dapur gas sejam setengah ni belum tentu boleh lembut sepenuhnya. Dah tu keje nak kena tambah air jer.

0 Comment: