Karaktor Saya

it's me (^.~)

Kat opis aku ni ada ramai pekerja khidmat singkat tau. Tapi aku jarang berbual dengan diorang cuma dengan sorang ni je. Budak Kelantan. Maybe dia comfortable sembang dengan aku sebab akukan ada bau bau bacang dengan orang kelantan.

Bila time lunch kitaorang selalu termakan sama-sama kat pantry. Pastu duk menyembang macam macam. Dia banyak tanya pasal kelantan. Kan i is orang KL. Mr. mama is orang Kelantan. Jadi banyak cerita ayam dan itik yang dia minat nak tahu.

Semalam budak pekerja khidmat singkat tu tanyalah kat aku "akak ni mesti garang... anak-anak akak takut dengan akak ke dengan husband". Alahai dik... kenapa tanya begitu. Sebab dari suara akak pun dah tahu akak garang. Saya ingat akak ni belum kawin lagi. Masa mula-mula keje saya ingat akak ni baya baya kakak saya dalam 28/29 tahun. What 28/29 je? Bukan 19/18 tahun ker?..

Kalau nak tahu aku memang garang tapi HATI BAIK okeh. Mudah kesian kat orang lagi. hahaha.. sapa nak puji diri kalau tak diri sendiri ye dak. Tapi betullah uolls, iolls memang garang tapi iolls jenis pemaaf. Aku bukan jenis yang berdendam. Kalau aku tak suka aku cakap. Kalau aku marah aku marah tang tang tu jugak.

Setengah orang dia diam tapi simpan dalam hati. Simpan sampai dendam sampai mati. Aku kalau nak kira ramai orang buat aku macam macam. Buat itu ini. Ikutkan sapa tak sakit hati. Tapi since orang tu tak mintak maaf tapi dia muka selamba badak tegur aku, aku tak le sampai hati tak jawab tak nak kawan. Lama-lama aku pun lupa apa yang dia buat. Even dia tak mintak maaf pun. Dan kesalahan dia kalau dikira memang sukar untuk dimaafkan.

Lagi satu kalau uolls nak tahu mil aku cakap aku ni macam pelakon. Banyak drama. Sakit sikit tapi dia punya menangis... Contoh kaki aku kena kaca hari tu. Bawak spital memang kena jahit ler. Tapi aku punya melolong umpama doktor potong kaki aku. Masa bersalin hakeem pulak misi belum jahit lagi aku dah jerit jerit kata sakit. Sampai misi kata awak jangan tipu, saya jahit pun belum. Ala memang aku jerit sebab sakit yang dia jahit sebelum tu la.. hahaha.... Drama je lebih kata mil. I is mengakula memang aku sikit berpelakon. Mil kata sebab aku manja. Manja ker? Tak tahu la kan.. Tapi aku anak bongsu perempuan last. Sikit sikit tu adalah. Manja tapi very independent gitu... Tetap nak puji diri jugak.

Dulu masa aku nak bersalinkan sofea aku kena tahan dalam wad sebab lebih due. Kalau lepas tiga hari tak beranak jugak doktor nak induce. Mil aku punya risau sebab dia tahu aku tak boleh sakit. Sakit mesti aku asyik menangis. Wajiblah menangis untuk dapat simpati suami kan..

Mil kesian tengok aku nangis nangis dan sakit. Mr. mama bagitahu mil setiap hari berdoa supaya aku cepat bersalin. Kalau boleh jangan kena induce. Induce sakit.. Kesian azi nanti.. :-) Alhamdulillah hari keempat pagi aku selamat bersalin tak sempat kena induce.

Kalau uolls nak tahu aku memang suka menangis. Menangis boleh redakan tekanan. Kalau kita tertekan nanti kita stress. Kalau kita stress kita boleh dapat depress. Lama-lama boleh jadi giler. Aku tak nak. Menangis adalah salah satu ubat menenangkan perasaan bagi aku.

Walau pun aku menangis air mata darah sekali pun aku sebenarnya jenis yang boleh hadapi semua kesakitan dan kesusahan. Aku tahu diri aku kuat. Menangis berdrama depan mr. mama ngan family in law sesaja je nak meraih simpati dan bermanja. hihihi... Diorang je tak tahu di suatu sudut yang lain menantu dia ni sangat sangat berdikari tau. My karaktor like that nak buat macam mana.....



1 comment:

Mimi Azirah said...

Entry nih dpt knal azi scra details...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY