21 May 2014

Keputihan dan cara mengatasi

Semalam pergi klinik desa check up pertama kalinya. Dah berapa kali nak bagitau nih...Over eksited tiga tahun tak jejak kaki ke klinik desa katanya.

Semalam pergi klinik aku orang paling last sekali jumpa nurse. Dapatlah sembang lama sikit. Banyak rupanya yang aku tak tahu pasal pregnancy. Sian anak dah nak masuk tiga....

Sejak mengandung ni aku mengalami masalah keputihan yang agak teruk. Hari tu dah jumpa doktor swasta dan dah dapat ubat yang kena masuk kat bawah tu pun still tak jalan. Laki aku pun dah risau sangat-sangat. Takut kena penyakit apa...

Tapi ini sebenarnya biasa tau bagi ibu-ibu yang mengandung. Perubahan hormon. Mr. mama bila aku kata sebab perubahan hormon dia tak percaya. Ni kamis depan ada check up rasa nak bawak dia sekali jumpa doktor biar kasi dengar sikit.

Selalu tak tengok couple couple yang baru nak dapat anak pertama selalunya teman bini check up. Siap masuk dalam bilik doktor. Kalau kat swasta tak heran tapi kalau klinik desa macam tak sesuai kan. Dengar seramai umat manusianya... Semalam pun ada nampak one couple ni anak pertama kot, asyik duduk berkepit ngan laki je. Nasib baik kerusi banyak kosong... Kalau tidak... Ada jenis lelaki ni dia buat derk je tengok perempuan tengah sarat mengandung berdiri. Siap boleh tido lagi kat kerusi tu. I is geram tengok lelaki macam ni tau...

Semalam nurse bagitau antara cara nak mengatasi keputihan adalah dengan...



  1. Memakai panty liner. Selalu kerap tukar panty liner tu kalau dah penuh.
  2. Kena pakai panties yang jenis cotton.
  3. Banyakkan minum air putih.
  4. Kalau boleh jangan minum air soya (yang ni aku kurang pasti kenapa, lupa nurse cakap apa pastu. Faktor ketuaan sangat!)


Masa mengandung ni jugak aku mesti mengalami masalah gatal-gatal. Tiap-tiap kali mengandung pun. Tapi kali ni paling teruk. Kat tangan tu dah macam kena chicken pop dah. Ada pulak yang tegur. I is malu.

Tapi tapi ini pun disebabkan perubahan hormon jugak kata nurse. Boleh dijadikan alasan kalau orang tanya. Alahai bukan senang tau nak mengandung ni uolls. Mungkin orang lain alami alahan yang teruk. Tapi aku tak kena yang tu dapat yang ni. Lain orang lain simptomnya.

3 comments:

Anonymous said...

mmg x elok..dlu time farah, suka minum air soya..now, farah alergik..

shehan ismail said...

soya. kita elergik atau kemungkinan baby kita nanti kulit sensitif. sbb tu org elak minum. ank kakak sy pn kulit mmg snsitif. sbb maknye suka mnum soya. kbtulan yg disong ramai ler pulak. hii. utk gatal2, cer cuba tgk website moogoo.my. elok sgt udder cream utk kes2 gatal ni. produk natural. nt leh guna utk anak2 gak. anak sy kena c.pox pn x tinggal parut. sy mmg wajib ada nappy balm & udder cream brand moogoo ;p

Mimi Azirah said...

Memg perubahan hormon...mcm kwn sy mse pregnant die keputihan tahao yg warne ijau tuh...lpas bslin trus ok

 
Copyright by Aziazidah