Biore Makeup Removing Facial Foam Sample

Semalam dapat satu lagi sample free. Saje je tau nak buat entry asing-asing. Tahu dah minggu lepas pi isi dua form sample free. Sure-sure la this week dapat. Tapi tetap nak publish semalam satu entry hari ni satu entry. hahaha... Modal menulis dah tak ada ko...

15g sahaja. Sample ko nak besar-besar melampau. Tapi ini pun cukup tuk seminggu dua ni. Biore Makeup Removing Facial Foam ni kira pencuci muka 2 in 1 yang sesuai tuk buat pencuci muka sekaligus boleh menanggalkan makeup. Gitu!. 

Aku masa sekolah menengah memang pakai biore. Ok je kat muka. Tapi lepas kerja muka ada masalah pakai biore pun tak jalan, pergi jumpa pakar dermatologi diorang syor pakai neutrogena. Now aku setia kat neutrogena. But nak cuba pakai bila nak cuci makeup. Bila masa aku bermake up ntah. Tahu mr. mama matikkkkk....


Dapat jugak coupon RM2/3 kalau beli produk biore yang terpilih. Valid sampai 31 Julai ni. Korang pengguna biore cecepat mintak sample ni nanti boleh beli produk biore murah. Yang tak guna pun boleh dapat itu free sample. Klik kat SINI la apa lagi.....

Satu lagi sample free aku baru mintak semalam klik SINI ok. Susah susah sangat kat side bar tu aku dah letak link freebies-freebies yang ada kat Malaysia ni. Haihh sekarang makin rajin pulak nak mendapatkan barang percuma nih. Sape tak suka benda free....


1 comment:

Mimi Azirah said...

Rajin mtk sample free kan..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY