Kena saiko dengan anak-anak

Belum habis lagi kisah pampers hakeem ni tau sebenarnya. Entry berjaya free pampers sepenuhnya hari tu (kat SINI) macam tak sepenuhnya la.... Boleh pulak next weeknya tu hakeem cirit birit. Empat kali buang air besar dalam seluar. Berpinjam pampers kawan. Then cikgu suruh bawak pampers semula. Aduss...

Aku frust actually sebab kat rumah dia ok sangat. Nak kencing nak berak elok je bagitau. Tapi bila kat taska tak berani nak cakap. Ni disuruh pakai pampers kat taska redho aje. Tapi bila dah naik kereta sepantas kilat bukak seluar buang pampers terus. Tak dan sampai kat rumah. Sedih mama...

Nak buat macam mana mama kena kerja, cari duit. Kalau mama jaga tak yah pakai pampers. Bukan sebab nak berjimat ye kengkawan tapi kemahuan tak berpampers datang dari hakeem sendiri. Dia sampai nangis nangis jerit jerit kalau dipakaikan pampers.

Malam masa dah tido pun boleh sedar kita nak pakai kan pampers. Cuma satu nya masalah hakeem kat rumah pulak malam tak nak pakai pampers tapi malas nak pergi tandas kencing. Setiap malam seluar mesti basah...

Malam tadi lagilah dapat pakai baju baru spiderman nak pegang seluar pun tak kasi. Sayang bebenar ngan seluarnya. Tak tahu aku nak buat apa. Bila dia meraung kita pun naik hot, naik temper. Tapi sebenarnya makin kita bebel, makin marah makin kuat raungannya, makin dia tak nak dengar cakap kita. Mr. mama jenis ikutkan je anak tak nak kencing biar. Yang susahnya.... me lah...

Last last aku cakap hakeem pergilah tandas kencing nanti kalau terkencing dalam seluar tak dapat nak pakai baju spider man lagi. Tak dapat pakai pergi taska. Tak sangka cara macam tu berkesan. Didukung pulak mr. mama ke bilik air. Senang je bawak dia kencing. Masa tu pukul 12.00 malam. Pukul lima pagi sekali lagi cakap benda yang sama. Kalau hakeem tak nak kencing seluar basah tak leh nak tunjuk baju spiderman kat kawan. Laju je dia pi bangun.

Haaa nampak tak, nak ajar anak ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kena pandai psikokan diorang. Betullah tak leh marah-marah tapi hati banyak tak tahan...


2 comments:

Mummydearie said...

Salam singgah,

Anak-anak saya memang saya psikokan aje. Dah tak heran mereka bila kita marah. Cakap lembut sangat pun tak jalan. So kita sakat jelah kerjanya :)

Mimi Azirah said...

betul dgn anak anak memg kne psiko...kalo xxxxx

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY