Makan di Uncle Jack Fried Chicken

Rabu lepas kitaorang (aku, pia & hakeem) pergi Giant, Putra Height. Mr. mama tak ada outstation. Daku suka bawak diorang pergi sini kalau mr. mama tak ada. Kalau mr. mama ada walaupun dia alway sibuk, aku lebih rela duduk rumah jer. Motif supaya aku tak nampak seperti isteri yang suka berpeleseran :-). Padahal bang kalau nak tahu isteri deme ni kalau di ajak berjalan is nombor one. hihihi...

Dalam giant ada ni playground. Pastu ada permainan kereta yang kalau kat mall kena bayar lima posen or seringgit tu. Kat sini free. Dah banyak kali kot aku mention dalam entry entry sebelum ni. That why i suka lepaking dengan anak-anak kat sini. Selain kat sini tak ramai orang. Senang parking. Parking free. Dan yang best sekarang kat dalam giant tu ada Uncle Jack Fried Chicken. 

Uolls pernah dengar tak pasal Uncle Jack Friend Chicken? Aku tak tahulah uncle jack fried chicken ni dah lama beroperasi atau baru. Tapi kat giant ni baru buka. Tak tahu cawangan dia yang lain dah buka berapa lama dah. Seperti biasa si ratu google ni search, rata-rata kata uncle jack fried chicken ni baru beroperasi. 

Ini antara menu menu yang ada kat uncle jack fried chicken. Murahnyer.. 

Aku beli Menu Set B tu RM 5.00 dapat ayam dua ketul, nasi dan air. Air boleh pilih ada air coke, blackcurrent, sprite dan ice lemon tea. Mak buyung for sure kena pilih ice lemon tea. Not bad la makanan dia. Tapi definitely tak sama macam ayam KFC. 

Pastu aku beli dua set kiddie choice tuk hakeem dan sofea. Only RM 3.00 jer. Murah sesangat nih. Dapat ayam seketul, nasi ayam sebungkus, air dan ada free ice cream. Kalau tak nak set ada ayam boleh tukar yang set nugget enam ketul. Diorang ni tak boleh beli lain-lain nanti bergaduh pulak. 

Aiskrim boleh pilih perisa vanila atau coklat. Pastu kan waktu pagi ada menu nasi lemak & hot drink. Nak tahu berapa harga. Only RM 1.50. Sorry tak snap banner menu sarapan pagi tu. Uolls pun tau hp aku lagu mana. Malu haih nak tunjuk tepon tak ada buttin tu. Ni tangkap senyap senyap orang tak nampak jer ni. 

Kata je blogger ye tapi bab snap pic hampeh.... Selain tu korang bole tengok kat pic atas tu. Kalau tak nak beli yang set boleh beli asing asing. Tapi rugi baik beli set lagi jimat. Tak habis tak pe boleh bungkus bawak balik. Ada karipap jugak tuh...  


Again tak dapat nak snap masa hidangan baru diserve. Sebab bebudak ni tak sabar sangat nak makan. Ramai orang so punya lama beratur tadi. Memasing dah kebulur. Aku tengok ramai yang berfamily  datang makan kat sini. Adalah seketul dua jer couple. 

Diorang hidang nasi ayam tu terus dalam palstik. Even kita cakap nak makan kat situ... Nasi ni sikit je tau.. Perut like sofea memang tak cukup tapi hakeem tak abis. Dia sibuk nak makan aiskrim tuh..


Air pun terus dia bungkus macam kita nak tapau. Senang tak yah nak mintak penutup kalau tak abis minum. Memang tak abis pun air tu. Makan nasi, ayam aiskrim dah kenyang tak mampu nak sumbat dah air dalam perut.

Oh ye kat uncle jack fried chicken ni tak ada pilihan ayam nak spicy or original. So ayam tu pedas bagi sofea dan akeem. Tapi kat tang kulit tu je ingredient dia pedas. Isi dalam ok. Nak makan terpaksalah aku kopek buang kulit dulu. Nasi ayam dia pun sedap. Like macam nasi ayam yang aku masak tempoh hari. Resepi nasi ayam SINI ye. kihkihkih...

Sofea pun empat lima kali cakap "sedap kan ma.. sedap kan ma.. best kan ma makan ayam EPCI, seronok kan ma...". Hoi uncle jack ler... Marah uncle jack nanti. 

Memang seronok sesekali makan kat sini. Boleh menguatkan ikatan kekeluargaan and I'm a happy mother sebab tak payah masak that day. Kalau mr. mama tengok ni menangis. Mesti tak sangka bini dia lagu gini boleh nk makam kat luar only with anak-anak without him. First time in my life as a mother..... Clap clap...

4 comments:

Ann Ishak said...

happy diorang dapat makan ayam goreng :)

lisanna said...

Sesekali bawaklh juga suami gi mkn kat situ

pok said...

menjimatkan ekonomi keluarga

pok said...

jimat

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY