Masa kawin dulu & perancangan

Malam tadi keluar dengan mr. mama *xsesuai dah panggil mr. mama* off course naik lori, i loike... Kami sembang-sembang pasal perancangan sekolah sofea. Hujung tahun ni iolls cuti bersalin tiga bulankan. Tepat tepat kena time cuti sekolah. Nak cakap happy tak yah bayar yuran tadika + taska pun tak happy jugak. Nak kata unhappy pun tak. Tapi adalah sikit sikit. Lebih pada risau. Risaukan sofea. 

Dia kan jenis tak boleh duduk diam. Jenis berkawan punya orang. Dua bulan tanpa aktiviti apa-apa matilah mama dia nanti nak handle. Mau hancus rumah. Mak dulu dulu handle lima enam tujuh anak ilex jer. Kita yang baru nak masuk tiga dah kecoh...  Lain benor emak sekarang dengan mak dolu-dolu...

Bercakap mengenai perancangan cuti sekolah sofea... Dah lama dah pia mintak nak belajar taekwondo. 

"Mama pia nak belajar iyah iiyah iyah dulu (sambil tangan tumbuk ke depan, tolak ketepi), pastu baru belajar berenang (sambil tangan buat gaya kuak kupu kupu).

Hikss comel. Dua tiga hari ni gigih tau search internet cari class taekwondo sekitar puchong. Banyak tapi semua rate 70 keatas. 4x sebulan. Kalau dapat 50 dan kebawah baru lah i satisfied. Tapi 70 tu pun dah kira ok. Dulu masa zaman aku dulu pun rm30 dah.. Survey tengok banyak yang murah tu area kat puncak alam. Jauh pulak la hai. Kalau area pusat bandar puchong tu memang semua atas 50. Sesiapa tahu kelas taekwondo murah-murah dipuchong?


Ini mama & papa masa kawin dulu tu...  - kata pia -


Ingat kat lukisan sofea sebelum ni yang aku rasa dia ada gaya kartunis. Ini lagi satu lukisan dia yang menyentuh sanubari aku dan mr. mama. Tak tahan siap ada love lagi tu... Kitaorang rasa dia berminat pada seni lukisan jugak. My plan nak hantar kelas lukisan jugak. Maybe lepas dia dah masuk sekolah rendah. Satu satu lah... Sekali harung nanti takut tak tercekau duit mama kau ni hah...


No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY