Sample percuma Tumix Kuah & Contest

Semalam dapat parcel dari citylink. Dah boleh agak apa dalamnya. hehehee Ni minggu lepas punya kerja . Bila datang mood nak barang free mula i godek internet. Cari-cari sample sample percuma. Jumpa pulak laman web tumix kuah ni.


Semalam dapat dah tiga sample free penambah rasa kuah. Diorang siap menjamin akan dihantar dalam masa tujuh hari. Tak adalah macam setengah sample free sebulan baru dapat. Kadang-kadang terus tak nampak bayang ye tak... 

Tumix penambah rasa kuah ni kira macam ajinamoto. Walaupun aku tak pernah letak pak aji dalam setiap masakan why not try. Mek selalu cakap kalau nak sedap masakan kena la letak ajinamoto. Baik kita cuba nanti...

Pastu nanti boleh join contest yang dianjurkan oleh tumix. Cabaran Rasa Kuah. Peraduan start dari 19 Mei - 20 Julai 2014. Senang je contest ni.... lepas masak, rasa, amik gambar dan karang. Boleh hantar online atau by pos. Kalau pakai pos tak yah risau tak perlu stamp, sampul surat semua dah disediakan masa diorang bagi sample tu. Jangan lupa simpan sample sebagai bukti penyertaan


Yang bestnya kan hadiah dia tu. Ada baucar perabot, kerusi urut, barangan letrik jenama toshiba dan boleh menang hadian tunai RM 5000 setiap dua minggu. Jomlah join mana tahu rejeki korang. Kalau tak nak join nak sample percuma je pun tak pe klik SINI....

1 comment:

Mimi Azirah said...

Mcm best je...nk join la gak nti

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY