17 July 2014

Baru tempah Baju Raya

Oiii malasnya nak update blog dihujung hujung ramadhan... Konon tawaduk sangat berpuasa... Padahal tiap hari 10minit tunggu depan punch card nak mengejar jalan tak jem. Tau je lah kompleks D ni lambat seminit setengah jam baru dapat keluar dari bangunan.

Semalam anggota RELA bagi bubur lambuk dengan kurma jemnya tak usah kata. Langsung tak bergerak kereta. Sib baik laki dah berenti kerja dengan orang bolehlah amik anak-anak kat taska ngan tadika. Dan nasib baik ada kredit nak call kannnn....

Korang dah dapat ke baju raya yang ditempah tu?. Atau beli readymade? Aku tahun ni ingat nak beli ready made je. Pregnant kan... Kata insyaallah ini yang last. Kalau buat cam rugi je pastu dah tak pakai. Moh ler kita beli dress yang boleh pakai tuk pregnant n time tak pregnant jugak. Banyak dekat poplook tu... Tema tahun kaler maroon. Mr. mama nak warna ni.. Ingat senang ke nak cari dress calor maroon nih.!

Jambu anak jantan aku ni. Serupa bapak dia asyik nak bergaya. Dalam kereta pun tak nak bukak beg tu. Dudukla ko sempit sempit dengan beg tu...

Sabtu hari tu pi umah ahsoo. Teman makngah nak buat baju lagi. Aku tertempah pulak dress. Kain buat baju melayu yang aku bagi mr. mama masa hantaran tu mr. mama tak berbuat-buat. Enam tahun kain ni terperam. So cukuplah tuk buat dress aku ngan baju kurung sofea. Yang pasti bukan kali maroon la...


Hebat tak? Lagi dua minggu nak raya baru nak tempah. Tailor lain dua bulan sebelum puasa dah tak terima tempahan. Itulah pentingnya kita ni jadi loyal customer. Aku siap buat blouse pregnant. Kain blouse ni beli sejak mula aku kerja. Makngah punya kain. Dia tak mo sebab kainnya nipis. Dekat sepuluh tahun kot kain ni. Tengoklah sabtu depan nanti macam mana jadinya kain-kain yang berkurun tu. 

Lepas tempah baju kat Bukit Tinggi Klang, larat ke Putrajaya. Sikit punya jauh melencong. Nak pergi tengok Poney Clearance Sales kat Perbadanan Putrajaya tu jer. Yang Metrojaya Sales kat PICC tu i is tak minat. Tahun ni tak balik kampung insyaallah. Kalau laki tak menangis ler di pagi raya... So barang nak beli pun macam tak banyak. Berjimat... Bulan lapan roadtax mati.. heee.. Raya ke empat aku dah masuk kerja. Nanti aku tunjuk barang apa yang ku beli kat Poney tu ye... 


1 comment:

Mimi Azirah said...

nsib baik tailor dh biase kan dgn kite..anta last minute pun xpe

 
Copyright by Aziazidah