Belajar Buat Kuih di Bulan Ramadhan

Kihkihkih tajuk sungguh memalukan... Tak payah nak berselindung, aku ni bukan kata masak lauk je tak pandai kuih pun sama tak pandai. Setakat untuk santapan sekeluarga bolelah..Nak jamu orang luar makan mmg kurang berani. Nak nak kena buat dalam kuantiti yang banyak. Mau kena tereban jawabnya..

Macam yang dah selalu dibagitau my mom kan mualaf. Lepas kawin dengan ayah baru ler belajar masak dari ayah. Setakat gitu gitu jelah. Duduk pun jauh dari sedara mara. Mana nak belajar masakan yang hebaq hebaq.. Sebab tu anak anak dia pun tak berapa pandai masak. Alasan! Tapi kami adik beradik tak pernah lah kekurangan makanan. Dua yang atas tu tu lebih besar saiz dari kami tiga yang dibawah. Ahaksss...

Sempena bulan ramadhan kali ni memang i dah berazam, tanam dalam diri nak buat kuih. Ala kuih yang senang senang. Kuih yang arwah mak selalu buat. Dan yang pasti kuih kegemaran mr. mama. Tahun ni tak balik kelantan jadi kenalah amik hati sikit supaya mr. mama tak bertukar fikiran last last minit suruh bungkus kain baju balik kampung. Adoi laki aku tu macam tahun lepas janji nak balik tengahari raya pertama, malam raya kul 12 malam dah ajak gerak.



Percubaan pertama buat kuih sagu tak berapa jadi. Padahal tiru sukatan sebijik dalam you tube. Tipu ke apa tukang buat video ni. Tawar.. Terkurang gula.

Percubaan kedua buat kuih melaka. Haa yang ni jadi. Dah dua kali buat. Boleh buat lagi untuk kesekian kalinya. Tapi kena beli tepung pulut dulu. Ni paw tepung pulut mak ngah. Ekeke seumur hidup tak pernah beli tepung pulut...


Dan yang ketiga Puding sagu gula melaka. Pun mr. mama suka. Perasan tak semua pun berasakan sagu dan gula melaka. Ini kes nak habiskan stok gula melaka yang adik ipar kitaorang tinggalkan.



Lauk semalam. Tak sihat masak ni jer. Mr. mama kalau tengok bendi terung terus tak lalu nak makan. Sekali try terus tambah dua kali. Pffttt...

Eh hari ni dah masuk 13 Ramadhan ye.. Belum lagi ponteng puasa. Tapi dua hari ni aku asyik sakit perut. Senak senak. Aku rasa kurang air putih kot. Asyik minum air manis jer...


*minggu depan ingat nak buat menu western.



3 comments:

sYiRa LoKMaN said...

wah2..menyelerakaan ni...buat teringin je...hehee

Rohani Hashim said...

hihi sama mcm hany, jarang sgt buat kuih. tapi kalau buat yg simple je. kikiki

Mimi Azirah said...

sy pun jarang buat kuih...skali skala nk buat jugak

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY