Free Gift dari Neutrogena for Skin Angel

Semalam aku sakit perut, balik keje awal tengok ada slip dari Pos Malaysia bagitau ada bungkusan berdaftar yang tak dapat dihantar kerumah. Dulu semalam ada posmen call kata nak hantar barang. Aku kan kerja camna nak terima barang kat rumah tu. So memang dah tahu ada barang kat pos malaysia yang nak kena amiklah kiranya. Penasaran jugak nak tahu apa bendanya sebab posmen panggil Azi Azidah. My fb name. Ni mesti aku mintak free sample kot... Hihihi.. My new hobby...

Free gift dari neutrogena (^_~) Suka...

Tak sangka neutrogena hantar guna pos daftar. Kalau tau bagi alamat opis. Sebelum ni diorang ada email kata nak kasi free gift tanda menghargai pelanggan setia mereka. 

Neutrogena dapat tahu aku guna produk diorang sebab aku ada komen kat FB diorang. Lama dah. Tak ingat pun. Saja saja tak expect pun diorang nak kasi free gift. Tapi dah diorang nak kasi 5 item lak tu, sape tak suka.  

Selama ni aku hanya guna Foaming cleanser jer. Ada ada bagitau kan yang pakar dermatologi kat HKL yang suggest aku guna produk ni masa muka aku bermasalah. Lepas pakai foaming cleanser dengan lotion dari farmasi HKL tu terus muka aku ok. Kiranya aku pengguna setia neutrogena  dari tahun 2006 sampai sekarang laa.. 

Neutrogena ada invite aku datang ke Healthy Beauty Hang Out session. Program ni macam best. Tapi memandangkan kena gi sengsorang plus aku tak reti jalan so tak dapatlah nak join. 

Sekarang neutrogena tengah celebrate ulangtahun ke-60, banyak contest yang diorang anjurkan sebagai tanda terima kasih diorang pada pengguna setia neutrogena. 60 tahun? Lama dah rupanya..... Banyak gift yang diorang nak bagi. Jom terjah FB Neutrogena ---> KLIK

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY