22 July 2014

Jualan baju raya terpakai

Kalau keyword jual baju terpakai tu memang banyak orang yang dah tersesat ke blog ni. Ini jualan baju raya terpakai offcourse waktu raya sahaja. Terkejut jugaklah ada yang search pasal baju raya terpakai. Sammaada dia nak beli baju terpakai untuk raya atau dia nak jual tak tahu la kan. Tapi my instinct orang ni nak beli. 


Iyelah bukan semua orang berkemampuan nak beli/buat baju baru. Zaman sekarang ni satu baju nak tempah dah dekat RM80. My tailor lah tu... Ur tailor bape? Nak sedap pakai punya pasal redha jer lah. Kalau beli yang dah siap punya taste aku semua yang 150 keatas. Nafsu sangat perempuan mengandung ni tau. 

Ni kalau kita beli yang terpakai, kalau pandai cari boleh dapat dua tiga kali ganda murah. Pastu diorang pakai pun bukan lama. Dua tiga kali jer. Ok lah kan. Tapi kalau nasib tak baik ada jugak dengar dapat jahitan dah tetas tetas. Haishh korang ni nak jual biarlah yang masih elok. Even jual murah jangan jual yang dah boleh buat kain buruk. 

Tahun ni aku dah tk aktif jual prelove item. Agak sibuk menjahit pulak. Maybe pas raya or pas keluar baby sebulan dua kita aktif balik antiqueshopp tu.

4 comments:

Amanda Suria said...

Mcm2 yg mencari kan....kadang2 related dgn apa yg kita highlight dlm entry...ye x?

Mimi Azirah said...

mcm2 keywords yg ada

Sukma Haron said...

singgah sini....
ada ke baju raya terpakai tu....

Nora Karim said...

Macam2 keyword eh dorang cari...

 
Copyright by Aziazidah