Selamat Datang Ramadhan

Salam ramadhan semua. Dah masuk hari ke4 dah kita berpuasa. Alhamdulillah... Ramadhan kali ni tak sama mcm ramadhan yg lalu. Walaupun tengah mengandung tapi tahap kelaparan masih terkawal. Kalau dulu pagi pagi wajib minum susu@horlick untuk bagi tahan sampai petang, ini sahur dengan sejemput nasi dan air kosong dah cukup.. Petang masih boleh memasak siap basuh baju pakai tangan lagi. Mesin basuhku udah rosak.. hukhuk...


Sepanjang tiga hari berpuasa nafsu nak berbuka dengan makanan sedap sedap non ada dalam sanubari. Ntahla sejak pregnant memang i is kurang makan. Kalau makan jer mesti nak membuang. Mana tak turun dekat 3kg kan... I lebih tergoda dengan air-air manis dan buah. Petanda bakal kencing manis???.. Sepanjang tiga hari berpuasa buat air bandung sajer. Anak-anak suka kemahen. Hari ini tak boleh buat dah sebab susu dah abis. heee...

Walau pun kurang makan menu berbuka i tak mengalah juga.


Kari daging + Sotong goreng kunyit + Sayur kobis goreng.


First time buat kuih sagu tu tau. Kegemaran mr. mama. Okla next time kena tambah gula lagi sikit. Nanti nak buat kuih melaka pulak ye kak jiah. Kegemaran laki jugak. Sebab kari semalam ada lagi balance, just goreng ayam and mee goreng. Buat sambal belacan. Pun sedap...

Ramadhan ketiga no pic. Malas sudah nak snap-snap. Macam apa-apa jer. Malu ke anak lepas masak snap lepas masak snap. Sampai hakeem tertanya-tanya mama tangkap gambar makanan? oh menu ramadhan ketiga ikan bakar dan sayur lemak sahaja.. Pastu makan laksa masa ramadhan pertama tu ada orang kedai bagi. See... 3 hari baru nak makan. Memang kurang makan dah aku ni...

Hari ni nak masak apa pulak?....


Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY