Sport Day Tadika Islam


Aku dah lama nantikan sport day sofea ni tapi nak buat entry malasnyer hai. Gambar banyak tapi aku tepek sikit sikit je buat kenangan. Penat nak mengarang semacam penatya aku hari tu.

Memula jer semangat nak bersukan, walaupun hari pun redup tapi dah nama mak buyung 3 series macam tu lah. Baru nengok satu acara dah keletihan. Nasib ler mr. mama kena jadi pengadil kalau tak ada balik awal hari tu...

Sport day ni buat lepas abis exam. Seminggu diorang berlatih sukan pagi petang. Setiap kali aku balik amik pia mesti tengok cikgu tengah susun susun permainan. Petang memang sofea jarang berlatih. Aku amik awal setengah jam. That why la....


Sofea rumah biru. Rumah apa pun tak kisah. Janji menang...

Iye tiada hadiah pencil warna, pencil box, buku-buku dan sebagainya. Pelik sungguh hadiah tadika islam ni. Tapi mak mak cukup teruja dengan hadiah tipuware tu. Boleh letak kuih raya...


Acara pertama. Susun bola atas kerusi. Acara berkumpulan. Acara ni sofea kena buat dua kali sebab dia antara yang terpantas. Dapatlah nombor dua.

Habis satu acara terus dapat hadiah. Tak yah tunggu sampai habis. 

 Dapatlah middle seketul. Sekali tu jelah nak pentas.. Yang lain-lain.....


 Kerusi berirama kalah...


Lari ikat kaki pun kalah... Pendek kata semua acara berseorangan dan duo semua kalah. Ko layaknya masuk lumba lari je pia. Kemain laju lagi berlari macam mama jugak ko ni... Acara merentas desa, lari 200m, 800m, lompat tinggi, lompat jauh tu je yang aku reti masa sekolah. Bola jaring, bola baling, bola tampar semua out....


 Kecewa tau mama tak dapat tipuware tu... But posing tetap posing... Pia yang amik pic ni...


Hakeem jugak yang happy ada geng. Semua bebudak besar main dengan dia. Bolehla mama berehat. Penat nunggu kul 12.00 habis. Ingatkan nak masuk acara suami isteri tapi mr. mama tak nak.... Balikla dengan kecewa bersama silver middle... uhuk uhuk...

2 comments:

Rohani Hashim said...

Ha'ah kan slalu hadiah pencil box kaler2 kan. Maybe sbb cikgu nk suruh mak mak isi kan mknan buat bekal anak anak kot ;)

Mimi Azirah said...

okla tuh kan pia meng lumba lari drp xde kn

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY