8month, 2 minggu sekali dah

Dua minggu sekali kau datang membawa buku pink...baca secara menyanyi ala2 mas idayu plz... Gitu....




Semalam genap usia kandungan 8 bulan. Berapa week/day jangan tanya. Iolls tak reti kira guna 32 weeks 4 days gitu. Yang iolls tahu jangkaan bersalin 11/10 melalui kiraan dan melalui scan kedua 15/10. Scan pertama jangkaan 2/10 direject oleh doktor sebab perbezaan melebihi 9 hari. Apa-apa aje doc. Hakeem dulu bersalin dua minggu awal selamat jer..

Macam biasa check semalam tak ada apa yang beza. Sampai klinik lebih kurang 7.30 lepas hantar pia dan akeem kat rumah ustazah. Buang air kencing dan timbang siap siap. Dalam pukul sembilan dah boleh balik. Jom tengok result check up kali ni...

HB : 10.3 (sama macam last month, kategori anemia ni)
Berat : 58.6 kg (sama cam last month, maybe kes cirit birit tu)
Minum Air Gula : 7.6 (naik 1.1 daripada minum sebelumnya)

Overall misi kata ok. Pasal air gula doc tak declare as kencing manis. Diam-diam sudah. Lega tak yah buat BSP. Kencing manis dikira kalau 7.8. Next check up 3/9. Dah start dua minggu sekali kena pergi klinik. Pastu seminggu sekali pulak. Haishh dah tak lama dah nak deliver. Tak sabar. Tak sabar nak duduk rumah lebihnya. hehehe...

Semalam misi ada tanya nak merancang ke tak lepas ni. Aku jawab nak. My planning memang tiga cukuplah. Tapi apa-apa pun semua ketentuan dariNYA.

Misi bagi suggestion masukkan apa ntah kat bawah tu. Hishh tak nak lah kan. Takut. Suntik-suntik sudahlah. Nurse kata bersalin tak takut pulak. Sapa kata tak takut.. Bersalin terpaksa. Ini sesaja nak jolok kat bawah tu tak ler aku.

Nurse tanya lagi dah jumpa doktor gigi. As usual since dari anak pertama aku tak pernah pi jumpa doktor gigi pun. Sebab gigi elok je.. Nurse tanya bila nak pergi nak tunggu gigi luruh ke? ..

2 comments:

nita said...

wah azi dah nak dekat dah tu..berseri-seri muka azi..gugurl ke?

saya anak yg first je nurse suruh pergi jumpa doktor gigi yang lagi 3 diorang diam jer..

Rohani Hashim said...

Haha sempoi je nurse,bila nk jumpa doc gigi tunggu gigi luruh? Haha sabooo je lah.

Hany semalam genap 7bln. Yeayyy dah boeh melantak air nyor.tak sabar sgt nk minum aor nyor ;)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY