26 August 2014

Order Orderan

Kan aku mengamalkan konsep email kalau nak order my beg. Lately banyak pulak email menderu masuk. Tapi akak tak layan. Maaflah kalau ada yang aku tak balas. Actually aku tak sampai hati nak tolak permintaan order korang. Perut dah sarat.

Lagi pun sejak aku terkena cirit birit hari tu aku sangatlah berhati hati dalam setiap tingkah laku. Sangat!. Menjahit kadang-kadang boleh buat perut rasa keras dan tengang.  Aku tak prepare if terbersalin awal. Selalu kata kat mr. mama " ma takutlah nak bersalin ni". Nanti mr. mama jawab "Tak apa papa kan ada".

Orang lelaki... Pandai je cakap. Sakit ke tak dia lagu tu jugak. Ingat masa bersalinkan hakeem keluar air ketuban masuk wad pemerhatian dan bersalin semua sepantas kilat sampai tak sempat nak bagitau husband sedar sedar mr. mama datang jinjit beg pakaian baby then masa tu aku tengah jahit. Kemahen lagi dia takut. "Tak sanggup lah papa nak anak lagi, nak bersama mama... bla bla bla... Kendian tak dan seratus hari lupa dah kisah tu.... Ngendeng ngendeng kat kita.. (^.^). Eh eh story apakah ni.. Aku nak story pasal beg jeans la oiii...


 Depan
 Belakang

Untuk letak fail katanya...

 Pencil box. For her and him.. :)

Semua ni order dari akak kat Melaka. Actually ada satu lagi beg ipad dia suruh buat tapi aku tak sempat. Akak ni nak balik saudi hujung bulan ni... Maybe lepas bersalin aku akan buat beg ipad tu ye kak... Kerlas customer i from international...



Ni sling beg order orang Pahang. Design ni aku main belasah cantum berdasarkan seluar jeans yang dah sedia ada. Jangan nanti ada yang mintak buat serupa gini pulak. Seluar seluar pattern cam ni satu dalam seribu. Ni aku tengah pening orang duk minat sling beg yang dulu dulu aku buat tu. Nak cari mana ler seluar jeans serupa gitu. Susah nak jumpa. 

So korang jangan susahkan kepala aku ye suh buat design yang sama. Ala-ala sama bentuk boleh tapi warna, poket, butang and material totally memang al different.

Btw thank pada semua customer yang repeat repeat order... Anything email edyeda@gmail.com. Whatsapp kadang-kadang dilayan kadang kadang tak layan ok.


4 comments:

najihahfara said...

cantik. berapa ye

Azi Azidah said...

najihahfara : semua tu below RM50 jer. tengok nak patern camna...

nita said...

cantiklah Azi..
rasa nak mencuba jahit tapi macam susah jer..

Mimi Azirah said...

cantik cantik beg

 
Copyright by Aziazidah