12 September 2014

Jiran

Kalau korang nak tahu aku mmg tak rapat@ngam dengan jiran kiri kanan. Tradisi sejak zaman arwah mak ayah aku lagi. Dah mak ayah aku tak ngam wajiblah anak anak ikut tak ngam sekalikan. Sonok je aku baca orang yang baik baik dengan jiran sebelah. Aku hareemmm.... Owh rumah aku jenis tanah lot bukan rumah teres ye.. So tak kudis sangat jiran tak ngam ke ngam cuma cam tak best kalau ada function sebelah sebelah memasing tak datang. But ada aku kisah... hehehe...

Sebelum ni banyak jugak aku cerita dalam blog ni pasal kegeraman aku pada jiran sebelah aku ni. Pasal kes pembakaran terbukan, anak suka mencuri eh bapak sedara mara diorang ni memang kaki skor. Jiran belah yang satu ni je ha, belah belakang bontot rumah aku (^.^). Jiran yang satu lagi tu masih boleh berkompromi. Datang jugak kalau dia buat majlis. But jiran belakang rumah aku ni betul betul menjengkelkan.

Seingat aku mak aku dulu close jugak dengan tuan tanah (dah meninggal) sebelah ni. Mak aku selalu sembang dengan tuan tanah. Satu hari mak aku citer la impian dia nak bukak kedai runcit kat bawah rumah. Rumah mak aku dua tingkat. Ntah kenapa sejak bagitau pasal impian tu, makcik tu terus tak nak kawan dengan mak aku. Pelik jugak... Maybe dia pun ada cita cita nak bukak kedai runcit kot. Tapi sampai sekarang non ada pun bukaknya. Kitaorang pun tak jadi jugak bukak kedai runcit tu...

Tuan tanah ni ada dua orang anak. Sekarang anak-anak dia lah yang mewarisi tanah tu. Tapi tanah diorang sekarang ada yang dijual suku dan selebihnya dibuat rumah sewa. Diorang jual tanah tu kat kat suku sakat diorang jugak. Padat kawasan rumah tu.... Tak kisahlah kan diorang nak buat apa dengan tanah diorang. Yang jadi masalah semua penduduk dalam tanah lot tu menyakitkan hati.

Dulu masa aku nak buat rumah pembeli tanah suku lot (sedara tuan tanah tu) suruh aku bayar lima ratus kalau nak sambung longkang aku dengan longkang besar yang diorang punya tu. Actually kiri kanan rumah aku ada longkang besar yang digunakan untuk salirkan air dari kawasan perumahan atas. Jiran sebelah yang ok sikit tu kitaorang kongsi separuh separuh tanah tuk buat longkang. Yang jiran belakang bontot ni, dia kata longkang tu totally dalam tanah dia. So kalau aku nak guna longkang tu kena la bayar. Jangan harap aku tak bayar. Baik aku buat longkang sendiri.

Sekarang ni tengah ada pembinaan parit depan rumah oleh pihak JKR. So diorang nak robohkan semua jambatan kitaorang supaya seragam. Tahu tak jiran aku ni mintak lima ribu kalau nak robohkan jambatan dia. Tentu tentu JKR tak kuasa nak layan tuntutan dia. Memang dia ada hak terhadap jambatan dia. Dia buat mahal mahal pastu jkr nak robohkan. Masalahnya kalau ko tak robohkan jambatan kecik tu camna air nak menyalir elok. Nanti kalau ujan lebat jadi banjir kilat acaner... Aku jugak yang susah kan....

Dua hari lepas aku tengok anak tuan tanah bersihkan longkang yang dia tak kasi aku guna tu. Sumbat agaknya. Dah sape suruh orang suh seragam awak tak nak seragam. Ko rajin nak bersihkan itu ko punya pasal. Masalahnya ko dah kenapa sampah sarap dalam longkang tu buang atas kawasan tanah aku? Lainla kalau kita berkongsi longkang.

Aku tengokkan je kat tepi tingkap tu... Masa ni mr. mama tak ada. Kalau ada dah lama aku suruh dia sound. Aku malas sound sebab dulu ada kes wayar telefon penyewa kat situ yang dah halang aku nak naikkan bumbung rumah bila aku bersuara diorang buat aku umpama cakap ngan tunggul. Kuang aja sungguh. Tak pe tak pe ko tunggu sabtu ahad ni aku campak balik sampah ko kat kawasan rumah ko tahu... Al sakit hati mak encik.  Berombak2 dada aku mengenangkannya....



No comments:

 
Copyright by Aziazidah