Petua Laki

Hari ni terasa nak cerita pasal mr. mama. Actually bukanlah lagi mr. mama. Yang dah masuk tv tu dah lepas, lepaslah... Adalah satu sejarah dalam kisah rumah tangga kitaorang. Sejujurnya bila ingat balik macam malu sesangat... Tapi apa nak buat time tu tak fikir panjang.  terima je tawaran. Pas ni kalau ada kena fikir memasak. Ada ker yang nak interview kisah rumah tangga kitaorang??? Ada ker??? huhuhu... Sekarang back to normal... Nak masuk anak tiga ni tak tahu gaya mana ler agaknya. Mr. mama mcm biasa ler suh ctg....

Tadi mr. mama call. Mr. mama mmg jenis jarang nak telefon. Kalau tepon mesti bersebab. Kalau tak ada sebab menangislah nak dengar bunyi tepon aku tu. Itu sebab aku tak heran tepon aku sofea pi campak dalam tandas. Cuma sebab sekarang ni menunggu waktu bersalin risau lah jugak. Kang jadi apa-apa kat tengah jalan. So pinjam tab kakak aku. Tab memang dia jenis loud speaker eh?. Malu pulak aku mr. mama duk tepon tepon orang dengar. Dahlah tengah berbengkel bengkel ni...

Bukanlah apa yang dia nak bagitau, dia nak bagitau tepon yang sofea campak dalam tandas tu dah elok dah. Tetiba boleh bukak kata dia. Aku tanya dia buat camna. Dia kata dia masukkan hp tu dalam beras. Itu aku dah buat hari tu tapi tak berkesan. Pastu hari ni dia kata ada job jadi dia letak tepon tu kat depan lori sepanjang bawak lori tu biar kena cahaya matahari. Pastu bila charge tengok ada cahaya. Bila bukak boleh pun menyala. Tak ada rainbow pun katanya.

Punya beria mr. mama kata tepon LG ni bagus.  Memang aku rasa antara smartphone yang aku pakai LG setakat ni the best. Actually mr. mama beli second dari kawan dia seratus jer. Kawan dia pun beli second kat kedai. Tak ralat sangatlah tepon tu rosak. But disaat kita nak juga duit banyak membebel jugaklah aku satu malam kat sofea. Telefon LG tu dah retak tiga ribu but masih dapat touch dengan elok. Pastu sebelum ni penah masuk longkang. Tak ke korang rasa LG terbaik. Sebelum ni pernah pakai samsung n nokia sekejap je rosak jika jadi macam kes atas ni.

Aku bukan nak cakap apa, mmg bab bab petua traditional ni mr. mama agak pandai. Kengkadang aku buat petua tu tak jadi. Tak ada skill/seni. Tapi mr. mama buat mesti jadi. Like petua merawat luka tu kan. Bangga betul aku ada reader yang kata dia buat berhasil. Aku buat hari tu tak menjadi. Tak bercantum pun luka tu. Dah sah nama orang bandar. Bandar jugak fikirannya. Lagi satu dia kata dia lupa masa sofea kena air panas tu sepatutnya letak mayonis. Dan dan...

Petua mayonis ni aku tak tahu betul ke tak. Letak mayonis jugak boleh mengelakkan luka berparut. So kalau uolls kena air panas cer cer la try petua ni. Nak suruh aku bereksperimental idak lah...





My opis mate pernah cerita yang laki diorang bila mintak tolong buat keje rumah langsung tak nak. Laki aku boleh diharap jugaklah. Bila mintak tolong gosok baju keje time tak sempat tu tak pernah ler menolak. Matilah aku nanti ada yang kutuk puji laki sendiri. (~.^). Buat kerja rumah memang tugas orang lelaki kan... Tu time mr. mama tengah rajin biarkan aje. Kalau malas... aptb



1 comment:

Rohani Hashim said...

Betol azi.xsemua lelaki boleh dan nak buat keje rumah. So far husband hany boleh la di minta tlg lap sapu mop sidai lipat baju. Tapi kalu bab2 siang ikan ke apa dia xbuat. Kalau arwah ayah hany bab2 siang ikan sotong udang segala bagai tu dia buat tp sapu mop lantai xbuat. Skill lain2 kot.

**mula2 kawin geram dgn husband sbb dia xmau kupas kan mangga.hany xsuka kupas mangga tu suka mkn je.tp arwah ayah hany selalu kupaskan mangga utk kitorg kt rumah.haha mula2 gerammm je.tp lama2 phm la kan.nk mkn kupas sendiri ;)**

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY