Barang ibu dan baby yang perlu di bawa ketika nak bersalin

Masih lagi cerita bersalin bersalin dan bersalin.. ha3.. muak dah yer...

Apa nk buat kengkadang ramai yg tak tahu apa barang yg nak di isi dalam beg bila nk bersalin. Like me .. tertangguh tangguh ngisi barang dalam beg sebab rasa semua kena bawak. Sudahnya misi cakap beratnya beg awak isi batu ker? kihkihkih...

Ada ke aku bawak baju persalinan sampai tiga helai belum masuk kain batik, barut, bedung berlai lai. oi  selai jr cukup baju kita tu tuk keluar spital nnti. Dalam spital dari mula sampai terus dibagi pakai baju spital lor... Ishhh.. kata jer anak dah tiga...

Eh prosedur hospital ni berbeza beza la aku tgk tiga tahun lepas mcm lain. Kalau kt negeri lagi lain. Nak kuar wad dulu pn check out ada kaunter khas sekarang dah lain. Pemodenan namanya..  (^.^)

Ok ni aku nk share barang apa yg betul betul korang perlu bawak klu nk bersalin. Yg ni aku duk hospital serdang. Hospital lain mybe lain skit but asasnya inilah yg kita kena bawak. Xyahla nk bwak beg besar besar buat susah jer bg aku. Satu beg cukup untuk baby dan ibu. Ada tu aku tgk bawak beg plastik besar jer..

1. Baju dan kain batik.
Bawak selai jer ye. Tuk kuar spital nnti. Dalam wad nnti tiap hari boleh tukar baju spital tu. Ada bilik utiliti yg sediakan baju bersih. Ambik jer...

2. Baju baby
Dulu masa hakem lps bersalin diorg mintak bju dari kita. Tp la ni diorg pkaikn bju spital. So lepas salin klu xsempat nk bawak beg kita pn actually no hal... Pastu klu kita salin normal esok boleh balik. Bawak selai baju baby pn dh cukup. Klu kena thn sebab kuning lagila xyah pakai bju kn... Klu bersalin caeser bawakla 3/4 lai. Kat spital serdang ni diorg tak mandikn bby pn tau. Inisiatif kitala lap sendiri. Diorg cuma tlg cuci tali pusat waktu pagi jer.

3. Bedung
Bawak selai je cukup. Bedung pun diorg sediakan. Boleh tukar setiap hari. Amik je kt bilik utiliti. Bilik utiliti dekat je dr wad. Setiap wad ada bilik utiliti sendiri.

4. Barut
Masa pia n akeem aku barutkn sejak dari dlm wad. Tapi yg ketiga ni xbarut pn dlm wad. Sebab kuning kena pakai pampers jer. So bawak dua lai cukup bgi yg salin normal. Caeser bawak lebih sikit sbb duk lama skit kt wad kn. Klu malas nk barutkn kt spital xyah pn xper. Huhu...

5. Mandian bayi
Batu yg misi cakap tu act. mandian bby tu aku bawak. Berat amat .. better xyh bawak ler. Bukan guna. Dah xmandi bby nk guna apanya kan. Tapi minyak telon bawakla sebab nk guna tuk barutkn bby. Aku guna minyak bayini mestika. Dulu guna minyak yuyi tp sejak kata ada dna babi tu xberani nk guna dah. Bawak jugak lada hitam@lada bena. Aku xbawak pn. Hari tu aku kena duk bilik transit sbb wad penuh. Mlm tu ada sorg bby mcm meracau sbb katanya bilik tu keras. Waulahua'lam...

6. Underwear dan barang mandi ibu
Actually kn lps bersalin korang bkn pakai bra pn. Hehehe... Misi pn kata xpyh. Senang nk menyusu ank nnti. Berus gigi ubat gigi pencuci muka semua tu bawakla sesuai dgn keperluan.

7. Pad dan pampers.
Dua ni terpaling penting tuk dibawa yer. Xde ni habis ler... Nak nak anak aku mmg jenis budak berberak sokmo... Dalam wad hari tu 10pampers sehari selamba je habis.. parah dik oi...

8. Stokin dan sweater
Untuk elak masuk angin, sejuk. Mil punya pntg xpakai stokin pn xpe kata dia.

Ini jelah yg aku teringat Yg lain lain tu kalau uolls rasa perlu dan nk guna bolehla bawak. Aku hari tu bawak beg mcm nk pergi bercuti. Nasibla duduk lama jugak 4hari...

2 comments:

nita said...

dah 4 kali bersalin kat spital tak pernah sekali masuk wad bawa bag.. selalu je walk in.. sebab datang untuk check-up tapi kena tahan wad..

macam sama je prosedur hospital dengan GHKL kecuali baju baby, kalau baby sihat memang pakai baju sendiri tapi kalau sakit baru diorang suruh pakai baju hospital warna pink tapi kain bedung bb yg warna hijau memang nurse akan bagi pakai..

Rohani Hashim said...

Hany pun mmbe2 bising br la siap bag baby n hany utk dlm kete.haha 1st timer ni lagi lah kan xtahu sgt kan.so far hany sediakan semua 3lai utk baby.utk hany pn baju selai je kain batik 2lai.hehe ok la kan.beg tu kosong je lg.igt nk skalikan tp dh ada 2beg tu isi je lah.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY