Pengalaman bersalin anak ketiga

Hari ni aku nk share pengalaman bersalin anak ketiga. Buat pengetahuan semua pengalaman bersalin setiap anak mmg berbeza beza. Semua orang pun rasanya begitu. Jangan expect anak pertama pecah air ketuban anak kedua pun cam tu...

Cuma satu yg aku boleh kata sama iaitu pasal jangka masa kesakitan. Rasanya sama antara ketiga tiga anak. Tak lama... Dari cerita kawan kawan pun ramai yang kata jangka masa sakit bersalin antara anak anak diorang semua pun lebih kurang. Kalau lama sakit anak pertama begitu juga anak kedua ketiga. Dan sebaliknya... waulahua'lam...

Actually kalau nak tahu due date aku 11/10. Ahad pagi 28/9 pukul 2 am aku bgn pagi sebab nk siapkan satu tempahan beg. Dah janji dgn customer nk pos hari isnin sblm bersalin. Aku jangka dan harap bersalin dalam 1 oct keatas. Sempatla pagi potong lengan baju my sister. Jahit beg customer tak siap tang tali jer...

Dalam tengah jahit tu dua tiga kali jugak gi tandas sbb asyik nk terkencing. Perut pulak asyik senak senak but aku ignore jer sbb mmg biasa dah rasa camtu diakhir ptegnancy. Last dlm pukul 4 terkeluar darah. Ini first time aku lalui kes keluar darah. Masa pia aku kena thn wad sbb dah smpi due. Masa akeem pecah air ketuban. Ingt yg ketiga ni pun akn pecah air ketuban. Mmg aku tak nak klu boleh keluar darah sbb ramai kata keluar darah sakit. Oh bagi yg tak tahu darah yg keluar tu mcm darah period. Ada ketulan hitam lagi mmh buat aku takut.

Cepat cepat call my sister suruh hntr ke hospital serdang sbb mr. mama tak ada outstation. Sampai wad bersalin terus pi register dan check bukaan. Semua urus sendiri. Tengok mommy to be yg lain dtg ditemani husband memasing sedih rasa. My sister tunggu kt kereta sbb anak anak tido.

Masuk bilik pemerhatian doktor kata bukaan dah 3 cm. Yg check doktor pelatih. Kemudian diorang cucuk jarum kt tgn dan suruh tunggu kt sofa sbb nk bgi masuk wad katil penuh. Pukul 8 pagi doktor check sekali lg untuk pastikan betul ke bukaan dah 3 cm. Klu 1/2 cm doktor nk suruh balik dulu. No point tunggu sbb awal lg kata doktor. Bila check2 mmg bukaan still 3cm sbb dh keluar darah n lendir so tak leh blik. Masa check tu sempat aku sempat bgtau kt doktor dulu anak kedua bukaan 3cm seminggu pastu baru bersalin. Dengan harapan bolehla balik kan. Not ready yet...

Dah confirm doktor tolong bukakan jln bgi cepat. Dalam pukul 9am aku mula rasa sakit perut 5min sekali. Masa ni sakit ni biasa2 jer, boleh tahan. Doktor bgtau akan check bukaan balik dalam pukul 11.30am. Dalam pukul 10 tu sakit lima minit sekali mkin kuat. Rasa mcm ada benda sekat kt bawah tu...Nk jln pn dh tak berapa nk boleh.

Aku tnyala kt penunggu2 yg nk bersalin kt situ patut ke bgtau kt doktor. Semua suggest tunggu waktu 11.30 nnti. Mybe time tu bukaan dh 6/7cm. Sakit keluar darah ni selalu main2. Ntah2 mlm karang baru bersalin...

Sbb aku dah xleh nk thn, rasa mcm nk bersalin dh. Aku pi bilik air then tengok darah keluar balik. Keluar dari bilik air terus berpaut kt sorang misi ni sbb dh xleh nk jln.

Kemudian doktor check dh 9cm. Terus bergegas masuk labour room. Tepat pukul 10.52cm aku selamat lahirkn bby girl.

Nak tahu sepanjang tempoh aku sakit lebih kurang sejam tu mmg aku tak duduk lgsg. Aku sentiasa jalan. Bukan sbb nk jln sgt tau tp sbb berjalan lg mengurangkn kesakitan dari duduk. Compare masa brsalinkn hakeem mmg diorg kasi katil dan psg ctg jd tak dapat nk jln. Tp sakitnya ya amat... Lagi satu ada patient yg sama kes dgn aku hari tu, masuk sama sama check sama sama tp aku tgk mmg dia duduk jer lgsg xjln brsalin pukul satu tghari. Kesimpulan aku boleh kata berjalan mempercepatkn proses bersalin aku.

3 comments:

Sya Mimie said...

Mcm sy ank first ni x turun tnda pun. Cuma sakit contraction yng kuat je.. Nk berjalan pun menggigil2..

Amanda Suria said...

SA pun krmbar darah masa bersalinksn dania..wah mcm mudah je akak bersalin kan...apapun tahniah Dari SA

nita said...

betul tu, sayapun sebelum lahirkan Amsyar memang banyak berjalan..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY