27 November 2014

#Airis : Checkup 2 bulan

Selasa baru ni aku pergi check up airis 2 bulan. Aduhai dah agak dah cabaran yang bakal di hadapi seorang ibu dengan tiga orang anak. Aku tengok kat klinik tu semua mak mak yang datang bawak anak dua tiga empat orang, majoriti suami temankan. I? Sob sob sedih nak nangis. Terhegeh hegeh cari parking, pastu sebelah tangan kendong airis sebelah tangan pimpin hakeem berantai ngan sofea. . Tapi still boleh jln pi tesco, pi beli lauk, pi bank. haha apakah?

Aku paling aku  tak tahan dengan hakeem. Airis no hal behave. Tak de nak nangis sangat. Budak manja hakeem tu bukan boleh nak duduk satu tempat lelama. Memula mmg kemain gembira pi klinik. Bila dah lama duk kat situ mulala menangis mintak nak balik. Aku jenis tak tahan anak anak menangis. Kacau jiwa dibuatnya. Serba tak kena dibuatnya.

Macam biasa checkup kat sini paling awal dapat keluar dari klinik tu lepas dua jam. Bukannya lama sangat diorang nk check. Timbang ukur lilit kepala panjang hari tu semua budak pelatih yang buat. Tak jumpa misi pun. Jumpa masa nak cucuk je dah tu balik. Padahal banyak tau yang aku nak tanya. Pasal airis tetiba berak jadi kerap balik macam masa mula mula lahir. T**k pun dah kembali warna hijau.


Airis 59 hari

Berat : 5.0kg
Panjang : 58cm
Ukur lilit kepala : 37cm


1 Comment:

Rohani Hashim said...

Bambam airis...gomol sedap ni azi. Hany xpergi lg cekap sebulan ni. 1.12 ni misi bg tarikh. Hari ni 33hr dah. Huiii xsabor nak tahu berat adra.hahaha over!