06 November 2014

Cek ketiga dari nuffnang

Semalam ai dapat cek nuffnang yang ketiga. Yang masa aku cash out dalam keadaan takut takut masa kat hospital hari tu.  Semalam hujan jadi cek tu sedikit basah. Eh bukan sikit hampir tiga perempat surat tu. Geram dengan abam posmen, dah ada tempat surat elok elok bukan reti nak masukkan keseluruhan surat tu dalam peti. Nasib baik cek tu ok lagi tp ada bercapuk sikit but rasanya bank terima lg kot.


Aku start blogging tahun 2010 sampai sekarang dah hampir nak masuk 5 tahun baru dpt tiga cek. Nampak sangat blog suam suam kuku kan. Kalau bukan sebab ada dapat sponsor post mahunyer tak tercash out lagi sampai ke hari ni apa. But alhamdulillah tuhan dah janji setiap orang punya rezeki adalah tu. Rezeki airis nih. Mengandung 5bln pun gigih travel ke melaka. Ni buat rasa semangat nak menaip lagi.

Dah 2minggu lebih tak berblog rindu sgt kt nk menaip tp sebab terpaksa berebut hp dengan anak anak tu jadi malas. Laptop pulak masih belum dibaiki baiki. Ni dapat update hari ni kita mulakanlah citer pasal pulus bgi naik semangat sikit. Ni pinjam ipad makngah eh laki mak ngah. Haruslah makngah kasi pinjam sebab nak jalankan aktiviti jual prelove item yang tertangguh tu kan, hee jangan marah ye kak jiah. Separuh nyawa nk menaip guna ipad ni haa. Ku gagahkan jua. :-)


2 comments:

Eca Dwinky Asha said...

akak, ne yg sama2 cashout dgn eca kan?...da dpt email, tp xthu da sampai ke belum.heheh :)

Cik Sal said...

Waaa, tahniah kak

 
Copyright by Aziazidah