17 November 2014

Pertama kali buat cheesekut


Rabu lepas aku buat cheese kut. Ok ok ai tahu ai ketinggalan ketapi.. Orang lain dah demam jeruk mangga asam boi pulak la ni.  Aku baru hegeh hegeh nk buat cheese kut. aptb blah...

Actually aku mmg dah lama bercadang nk buat cheese kut ni. Dari raya hari tu. Dah beli pun cream cheese ada dalam tiga empat bulan lepas tp tu lah sifat M sangat2 menguasai diri. Tersadai jelah cheese tu dlm peti ais.

Ni musim hujan sekarang perut memanjang lapo tu yg terjadi rajin. Kebetulan masa pi giant hari tu ada jual biskut cream cracker paket kecik kecik singgit satu. Sukalah giant la ni diorang ada corner yg jual makanan rm1, rm2 dan rm5 asing asing siap dalam rak. Jimat masa and money i tau.

Actually resepi asal guna biskut deluxe cracker. Aku tersalah beli biskut cream cracker pulak. Nampak ada perkataan cracker je terus sauk. Pulak tu rm1. Tak fikir pnjg. Sekali bukak biskut lemak rupanya. Besar gabak. Lemak pun lemak lah... Dah nk cari mana biskut deluxe cracker memalam buta..




Haaa inilah hasil cheese kut hasil air tangan aku versi derhaka sikit. Atas tu aku topping dengan milo. Derhaka derhaka pun mabeles rasanya kan mak ngah, uncle and rosmahani kan kan kan. Anak anak aku ni jenis kampungan tak mkn benda macam ni, dapatlah aku bagi kakak aku ngan kawan yang datang melawat airis rasa. Rasa bahagia jer bila semua cakap sedap. Kembang weh. . .

Next resepi plisss?

1 Comment:

Rohani Hashim said...

Serius rajin.haha hany ni kalu teringin mesti beli.kalu buat husband pn kampungan jugak azie.tidokkk mkn benda2 gini.kalu buat hazab la sendiri habiskan.