Geng Mengemas

Ini cerita minggu lepas. Ntah apa mimpi pia mintak nk kemas kt luar rumah. Fyi pia ni nk buat apa apa pun mesti mintak kebenaran dari kitaorang tau. Tak kira apa. Nak kencing nk berak pun "mama nk terberak". Hakeem pun sama. Selagi kita tak respon selagi tu tak masuk tandas. Kadang mak ko ni rasa bored jugak. . muahaha. .

Syukurlah harap sikap ni berkekalan sampai bila bila. Iyelah bila anak anak mintak nk buat apa apa atleast kita tahu dan boleh pntau pergerakan diorang.

Oh ya bercakap pasal mintak ni teringat ada satu petang waktu aku pia n hakeem main bola kt luar segerombolan budak dalam 5 6 orang duk jerit dari luar pintu pagar kitaorang cakap "nak rambutan nak rambutan". Dengan tak bagi salam tak panggil aku makcik ke apa aku diam jer sebab terkejut budak dalam baya sofea je kot tp berani mintak macam tu.

Budak budak ni terjerit jerit selagi aku tak bagi. Bila aku kata amik yg kt luar je tepi longkang tu macam tak reti nk ambil buat lepas teringin. Amik dah rupa org nk berniaga pastu bila aku nk tegur terus lari tak ucap terima kasih ke apa.

Nauzubillah mintak mintak dijauhknlah anak ank aku perangai mcm tu. Tak berkenan betul aku perangai mcm tu. Terus terfikir anak siapalah ni. Sampai rasa nk tahu sapa mak bapak budak tu. Berani betul biarkn anak anak jln dgn kawan kawan umur kecik mcm tu pastu siap mintak mintak kat orang.

Eh menyimpang dah cerita. . . Jom layan skit gmbr pia kemas kawasan rumah aku dan mak ngah dia.



Yeaayyy finally aku dah ada geng mengemas. Sekarang ni asal ajak mengemas laju je bangin. Asal nmpk smpah laju je angkat penyapu terutama kt luar rumah. Bukan rumah kitaorang je dia kemas umah mak ngah dia pun dia kemas jugak. Mr. mama pun cakap pia ni dah jadi sebijik cerewet mcm azidah. Tak boleh nmpk brg kat luar bersepah sikit terus suruh angkat. Sebijik macam mama dia ler. . hihi

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY