Kuasa psikologi

Hari rabu baru ni aku buat kuih melaka. Musim hujan hujan ni perut asyik lapor. Eh hari rabu tu tak ujan tp tetap perut rasa lapar. Duduk duduk saje mmg melapar je rasa. So buatla kuih melaka@ondeh ondeh kegemaran laki.

Terliur x? upload kat fb ada yg kata terliur. Agak agakla puji ye tahu presentation akak main dan, janji masuk tekak sedap. hihihi.

Aku sebenarnya tersangat jarang buat kuih kuih. Ate boleh dibilang berapa jenis kuih je yg pndai buatnya. Kuih melaka ni klu tak pndai jugak tak tahu ler kn. Senang giler. .

Lagi satu jarang nk buat kuih sebab anak anak bukan mkn. Diorg suka yg goreng goreng mcm pisang, keledek, cekodok goreng. Lembik lembik lg tak suka.

Rasa bila buat mcm kita syok sendiri buat mkn anak anak kebulur nengok. Ni buat kuih melaka amik hati laki sempena azam tahun baru nk layan laki lebih baik lg. Permulaan kita tambat hatinya melalui makanan. kihkihkih. Nak beli mana de org jual kecuali time ramadhan kan.

Petang rabu pas airis tido, airis tido awal pas mndi kul 6 dah pengsan sampai pagi esok. Gigih menggentel. Buat dalam 30 biji sekali hadap je ke mr.mana.


Tunjuk kat hakeem dan pia haram tak heran lalu. Sekali mr.mama ckp "ee mama buat kuih letak coklat" terus memasing terbeliak biji mata capai terus masuk mulut. Elok je mkn tiga empat biji sampai habis. Yang hakeem siap ratah kelapa tu macam serdak tepung goreng pisang.

Anak la anak boleh je mkn rupanya. Kena pandai kelentong skit baru nk makan. Aku jenis tak nak mkn dah. Tak pandai nk tipu tipu cam tu. Laki a. . Tipu demi kebaikan takpe kan.

Eh boleh jugak ni buat resepi kuih melaka inti coklat. La ni ramai yg ubah ubah ubah resepi pelbagai citarasa like pisang goreng cheese la. .  Kuih melaka coklat ok what?



1 comment:

Sya Nadia said...

Boleh la try.. Nanti kalau sedap boleh story kat blog

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY