13 January 2015

Pekerja sambilan

Terima kasih ye ada jugak yg nk tahu pasal kerja sambilanku satu masa dahulu. hehe walaupun seorang aku sgt menghargai pembaca aku sebb itu aku gagahkn jugak taip entri ini.

Serba sedikit sebelum aku kerja sambilan aku kerja kt kilang printing sebgai masking tape. Aku pernah belajar kat giat mara dlm bidang printing. Lepas mak aku meninggal time tu umur 21tahun aku berenti keje printing sbb penat.

Kemudian aku kerja sebagai pembantu tadbir sambilan kat jab. pendaftaran pertubuhan (jppm). Dapat kerja ni atas pertolongan kakak aku yg kerja kat situ jugak. Pekerja sambilan @ pekerja khidmat singkat @ PHH (sekarang punya term tp lupa phh stand for what) adalah sama. Gaji di byr ikut jumlah hari bekerja. Tak kerja tak ada gaji.

Masa aku keje dulu 12 tahun lepas hari sabtu masih bekerja. Walau bagaimana pun tetap tak dapat tandingi gaji phh sekarang. Aku punya offer letter dulu sehari gaji belas belas ringgit kalau tak siap. Pastu ada elaun mcm pekerja tetap tp sikit. Klu bekerja lebih 25hari klu tak silap akan dapat cuti rehat sehari. Phh sekarang aku rasa diorang tak de dapat cuti kot. Tapi nk dapat cuti sehari dalam setahun tu boleh bilang tak kan lebih tiga kali sekali pun kau full datang kerja every month. Kita kan ada cuti hari wilayahla tahun barulah awal muharram. Belum cuti raya puasa raya haji yg kena deret deret tu.

Oh ya bagi yang tak tahu pekerja sambilan ni mmg byk jabatan jabatan kerajaan pakai pekerja sambilan ni. Sebab diorang tak cukup kakitangan. Kalau nk mintak pertambahan jawatan atau isi kekosongan yg ada lmbt nk dpt kelulusan dari jpa. Jalan terbaik amik pekerja sambilan. Lagi pun pekerja sambilan ni aku tgk komited. Rajin kerja senang nk disuruh sebab mereka sambilan. Malas malas kena buang keje pulak. Kontrak pekerja sambilan ni enam bulan enam bulan. Bila dah tamat klu jabatan tu nk guna lg, diorang akan renew offer letter.

Macam aku dulu sempat kerja selama sepuluh bulan pastu dpt kerja tetap. Sepanjang aku kerja sambilan aku gi kerja tumpang kakak aku. Dah duduk sekalikan. Aku tak pernah pergi foodcourt. Selain sebab jauh kompleks D tu satu foodcourt je ada, aku bawak bekal sebab nak jimat. Aku masak petang pas balik kerja tuk mkn mlm ngn tenghari esoknya. Kakak aku pulak masak pagi tuk sarapan. Jadi mmg xpernah mkn kat luar. Klu mkn kt foodcourt pagi dua ringgit tghari lima ringgit dah berapa.

Gaji pekerja sambilan time tu murah sesangat. Sebulan kalau kerja penuh tolak kwsp aku mampu dapat paling ting rm588. Walau dah dua belas tahun tp aku ingat sgt lagi exact amaun tu cuma sen sen belakang tu tak ingat. Dapat dalam bentuk cek. Kena jln kaki pulak nk pi bnkin kan cek. Every month pekerja sambilan mcm kitaorang ni akan ke bank islam putrajaya tu yg paling dekat klu jln kaki. Berpeluh ketiak jugakla nk smpai.

Pastu setiap bulan aku adalah bagi duit minyak skit kat kakak aku. Haha ini kelakar. Tiga puluh hinggit je baginya. Kira seringgit sehari. Buat malu je. Tapi apa nak buat dengan gaji yang tak seberapa tu itu je yg boleh diberi. Aku juga jadi tukang cuci kereta kakak aku setiap bulan. Tak mampu wang ringgit kudrat ku hulurkan. hihi. PHH sekarang gaji paling tidak seribu dapat. Klu dpt lima ratus je sebulan aku rasa tak de org nk keje sambilan ni.

Tapi dulu gaji lima ratus cukup je. Ada portion tuk simpan dalam asb lagi. Iyelah hutang satu pun tak ada. Sekarang gaji dua ribu lebih rasa tak cukup. Komitmen banyak. Kete, rumah, loan peribadi, anak.

2 comments:

Sya Nadia said...

2k ddk Kat Bandar mmg x cukup..dulu 2k tu mewah Sgt dah.

Ida Puanstoberi said...

Sbb ai buat perjawatan skrg, meh ai tambah sket.
Sekarang ni pekerja sambilan dipanggil Pekerja Sambilan Harian - PSH.
Tempoh : 3 bln sahaja. Tapi buleh renew lagi 3 bulan (suppose 6 bulan je tempoh paling maksima, tapi biasa lah.. ada yang renew sampai setahun dah. huhu)
Gaji :
SPM (gred 17) RM54/day,
Diploma/STPM (gred 27) RM72/day
Ijazah (gred 41) RM100/day

 
Copyright by Aziazidah