20 January 2015

Persekolahan 2015

Pejam celik pejam celik last week hakeem dah masuk tadika. Cepatnya masa berlalu. Hakeem 4 tahun dah. Aku decide masukkan tadika awal sebab taska hakeem dan tadika pia owner yang sama. Start 4thn dh boleh hntr tadika. Baik je anta tadika coz pepagi mmg aku hntr diorg kat rumah owner tu klu kerja. Dan tadika lg murah dari taska. hihihi. . Jimat rm80 disitu. Anak dah tiga perbelanjaan makin meningkat ni.

Pia tahun ni 6thn, still hntr tadika. Boleh tengok tengokkan hakeem. Akeem jenis manja, cengeng payah skit nk sesuaikan diri dgn suasana baru. Sebab tu tak terfikir nak apply pia prasekolah. Orang kata pra bagus untuk pendedahan dan persediaan untuk masuk darjah satu nanti. Sokeyyy.. We are no choice. Ada yang kata tadika ni tak bagus, byk cikgu berenti, membaca pun pia tak tahu lagi. Ba bi bu pun belum belajar. Baik hntr tadika kemas kerana cikgu janji sebelum anak anak melangkah keluar dari tadika cikgu akan pastikan diorang tahu membaca. Goyah  gak la iman aku. . Terus berkira kira nk antar pia pagi sekolah tadika kemas ptg tadika islam dalam sebulan dua sementara aku cuti ni. Tapi mr. mama sedapkan hati kata cikgu mestilah janji yg manis manis. Jaga reputasi. Okeyyy hold dulu sebulan ni

But actually weolls mmg tak ada pilihan. Cuti tanpa gaji ni pun tak tahu berapa lama. Hopefully bolehlah one year tp klu tak berjaya mana aku nak letak anak anak waktu aku kerja nanti. Ala pokok pangkal ibu bapa kan. Jangan ingat cikgu boleh ajar semua kat sekolah. Makpak kena ajar jugak anak kat rumah. Cikgu tak kan nak hadap anak kita sorang, pelajar ramai. huhuhu. Ayat standart eh.. Tak pe mama try the best.

Sebab ctg skrg tak sure berapa lama aku follow sesi petang mcm pia punya schedule tahun lepas. Start kul 2.30 - 5.30PM. Rasa sekejap. Itulah kalau tadika kemas belajar dari pukul 8 - 12pm. Tadika kemas benar2 tekankan pelajaran. Goyah lagi aku dengar orang cakap macam ni tau. Dah jangan racun pemikiran iolls. Uolls not in my situasion. Ada orang nak jaga anak korang. Tak kerja. Senang ler ckp. We are sole parent. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul tau. Ecewah suka benar berperibahasa skrg. Jangan korang balas dimana ada kemahuan disitu ada jalan sudah. Hah peribahasa lg. Jgn marah aku mmg suka subjek sastera. (~.-)



Sebelum pi tadika, keluar kejap pagi tu pi pejabat pos kat 19 digital mall. Pejabat pos kat sini tak ramai orang. Tapi bukak kul 10. Parking bayar rm3. Ni area parking bahagian luar. Bebudak suka tengok air pancut. Melepak kat sini je dekat setengah jam. Time orang tak ramai bolehla. Weekend sini parking penuh. Tak dapeknya nk lari kesana kemari.


Muka excited first day pi tadika. Balik tadika cikgu kata hakeem tido dalam kelas.  Kelas petang mengantuklah kan. Mmg kat rumah pepetang gitu dia tido. Dah pagi main kuat. Bila cikgu suruh basuh muka akeem kata mama kata bangun tido tak payah basuh muka. Aduh bila masa aku cakap camtu. Tak pasal pasal mama jugak yang dapat malu. Hakeem ni mmg pandai tau menjawab. Bodek pun kuat.

Esok pulak akeem tak gi tadika. Menangis nangis dlm kereta sbb nk papa dia. Mr. mama hntr ok, aku hntr mesti penuh drama. Pia ok setalat ni belum ponteng lagi. Cuma kalau hakeem tak nak pi sekolah beria dia pulak dia pujuk aku bagi akeem tak yah gi sekolah. Siap menangis sambil kata please please takyah bagi akeem sekolah ye mama . Confius aku. Motif apakah ini?





4 Comment:

Ann Ishak said...

yakin dengan keputusan yang di pilih, mesti okay hakem dengan pia nanti

Kakzakie said...

Anak-anak kakak dulu semuanya ke tadika PASTI. Alhamdulillah usia 5 tahun semua anak kakak dah boleh membaca dan menulis jawi. Yg penting bacaan solat semua dah boleh buat. Tapi di rumah kita kena bimbing. Jgn risau pencapaian anak-anak tak sama. Yg penting kena hantar ke tadika bagi pendedahan..

Sya Nadia said...

Haha.. adik cuti,kakak pun dapat cuti juga kot..haha..acah je..jgn mara :)

amirnawawi said...

Dah pergi sekolah dan mereka ya. Semoga dapat jadi anak yang terbaik untuk akak :)


Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

http://bit.ly/ambankamir