Rakyat malaysia sangat baik dan prihatin!

Minggu lepas aku pi pejabat pos. Nak pos beg jeans customer. Kali ni nk pos byk sikit bungkusannya. Banyak pun tiga beg je uolls. Muahaha. .  Itu pun i dah rasa banyak. Selalu paling byk dua. haha. Sampai habis slip pos laju yg dlm simpanan kita tau.

Ate kenapa pejabat pos ni kedekut sgt bila kita mintak slip pos laju. Boleh bagi sekeping je. Ingt kita mintak nk buat kapal terbang kertas anak anak ke. Mmg nk guna untuk pos barang. Dah tahu sekrg org main beli online je cetak ler bebyk pos malaysia oi. Senang peniaga ni nk tulis siap siap dari rumah. Takkan nk tulis byk byk dlm pej pos tu. Lenguh tangan. Buat yg ada ank kecik mcm aku. Ngegoh mengendong airis.

Dapat pulak pejabat pos mini. Yang duk dalam kedai runcit. Macam kat  puchong intan tu. Tempat nk tulis pn tak ada. Pen jgn ckp la. Kena bawak siap siap. Ruang yg ada penuh diletak tabung derma. Sampai tiga tabung diletakkan. Aku tgk tak de sape yg derma kecuali yg dapat balance lima sen tu terus diorg masuk dlm tu. Pos laju 500g kan 5.97. Dapatla balance 5sen.

Nasib baik masa hari tu ada sorg je customer. Aku gabra klu ramai mana nk beratur mana nk tulis. Itu pun time aku tgh tulis dtg lg dua org. Tertengok tengok aku kat barisan. Risau klu makin lama makin pnjg. Makcik yg beratur tu senyum senyum je tgk. Dlm hati mesti ckp kesiannya budak ni laki tak ada. Tu yg dia offer dukung airis. Pastu siap tnya aku dtg naik bus ke. Agak agakla makcik takkan nk naik bus semata mata nk pos brg. Klu begitu ler tak yah beniaga lg bagus. Menyiksa badan namanya.

Masa makcik tu dukung airis aku risau jugak takut makcik tu bawak lari airis ke apa. Tapi tak kanla orang puchong bebaik like me. heheh. Eh fikir negatif takpe, beringat sebelum kena. Elok je airis duk dlm dukungan acik tu. Tak menangis lgsg.

Dah siap tulis time tu masih ada sorg lg customer lepas makcik tu. Tp abg kaunter tu mintak bungkusan aku dulu. Kesian kot tgk aku dukung airis, pegang bungkusan, pegang slip, tercari cari duit pos. Eh baik pulak abg kaunter. Act aku menyampah sikit ngn abg kaunter ni. Muka tak pernah senyum. Macam tak de perasan, sombong. Tu la. . Dont judge book by its cover. Ececeh speaking pulak.

Aku ckp byk ni bungkusan takpe ker. Aku rasa abg tu mesti gelak dlm hati eleh tiga je. Lepas siap baru i rasa malu pulak ckp gitu. Org lain lg berbungkus bungkus. Lantak janji siap pos brg org. Hari tu dptla 4keping slip pos laju bila mintak selalu sekeping je kasi.

Sebelum ni aku pernah pi petronas nk bnkin duit. Ngangkut ler tiga org anak aku tu. Tak bawak stroller. Aku kalau pi tmpt sekejap sekejap mls nk keluarkn stroller. Tu yg mendapat seksa nk buat keje. Nasib masa hari tu ada jugak org nak tolong pegang airis. Pekerja petronas kat situ. Tengok aku terkial kial nk masukkan duit nk pegang telefon tgk nombor bank.

Sebenarnya ibu ank tiga yg masih kecik kecik ni nk kemana tnpa laki boleh jer. Asal ada kemahuan disitu ada jalan. Apsal hari ni byk pulak aku berperibahasa. Macam aku, aku rasa challenging je bila handle ank tiga sorg sorg. Alah bisa tegal biasa. Kena pndai manage timing. Nak keluar jgn waktu puncak itu yg penting. Dengan adanya rakyat  malaysia yg peramah, baik dan prihatin lg mudah kerja ibu tiga anak ni. Jangan jdi alasan tak laki semua benda takleh buat. . Next time boleh try soping sorang sorang ye. .


1 comment:

Sya Nadia said...

Sya bawa sorg ni pun lelah nak kejar..haha..tp mmg betul,Kat mana ada kemahuan Kat situ ada jalan.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY