19 January 2015

Sewa case/backhoe bersihkan kawasan rumah


Inilah case atau backhoe bagi yg tak tahu. Aku pun tak tahu jugak apa beza case dan backhoe ni mcm mana. Ada depan pengorek kecik, belakang penolak besar aku panggil tractor jer benda alah ni. Ada yang kata case tu jenama. Ntahla tractor pun jenama kan. Tapi aku biasa panggil ni tractor. Senang. Contoh ayat biasa guna bila nmpk benda ni "Kak jiah depan tu ada tractor cepat tukar line kanan".  Gitu. hahaha. . Seram duduk belakang tractor lambat bebenor bawaknya. 

Semalam weolls sewa tractor ni untuk bersihkan kawasan tanah arwah mak ayah. Memang ada khidmat bersihkan kawasan rumah guna tractor ni tau. Banyak je iklan dalam mudah tu. Syukur akhirnya tanah arwah mak ayah dah bersih sikit. Memang lega sgt dapat bersihkan kawasan rumah yang dah kotor sangat. Its my fault. Aku yang cipta kekotoran tu. 

Alhamdulillah aku berjaya betulkan sedikit kesalahan tu walau pun belum selesai sepenuhnya hal tanah arwah mak ayah. Baru one step selesai, ada another step harap harap boleh selesai dengan segera. Maybe uolls baca tak faham kekotoran dan kesalahan apa yang aku lakukan. Cuma my feeling right now nak habak lega selega leganya, terasa beban dibahu ringan sedikit.



Kitaorang sewa tractor ni satu hari. Sewa tractor dari klang. Company cina. Tapi tukang bawaknya indon. Service tip top. Suka tak berkira lebih masa sikit. Biasa satu hari tu dari kul 8 - 5ptg lah ye. Rehat sejam. Semlm sampai kul 6 driver masih ok nk kerja cuma takut bos dia marah jer.

Aku dah serik sewa melayu punya, bukan nk condem tapi call byk kali baru nak datang. Bayar deposit cabut lari. Sedih. Macam mana melayu nak maju macam ni. Sewa sehari rm400. Kalau sewa by jam rm80/jam. Ini pun belum siap bersih sepenuhnya. Tanah luas. Nanti nak kena sewa sekali lagi. 

Btw, terima kasih mak ngah, mr. mama, kawan kawan mr. mama & anak anak. Memahami my situasi. 




8 comments:

Ann Ishak said...

alhamdulillah...bersih sudah

Kakzakie said...

Kakak panggil ni excavator Azi. Ini kalau anak tanya salah jawab habislah kena gelak hihi...

Legalah bila hajat terlaksana dgn baik. Lepas ni boleh buat apa yg dirancang dah kan..

Rohani Hashim said...

Betol azi kekadang bkn xnak support malay, tapi ada malay ni kemain la cerewet servis xbagus. Mcm kitorg nk pasang grill, janji nk dtg ukur last last 3hari xdtg2, pegi kt cina hari yg sama dtg. Wallahualam laaa.

Sya Nadia said...

Mmg ada khidmat sewa backhoe ni.. iye la..kalau nak bersihkan tanah nak buat rumah ke,buat ladang ke tak kan nak guna cangkul.kan? Bila.nak siap..

Mohd Hazwan Awang said...

Kol.sy nk.sewa backhoe kt bukit kuda klang.urgent 0196136166

Mohd Hazwan Awang said...

Kol.sy nk.sewa backhoe kt bukit kuda klang.urgent 0196136166

ZARA ABU BAKAR said...

Ada kontek no cina tu tak?

Ahmad Munawar Ismail said...

Ada kontek no cina tu tak?

 
Copyright by Aziazidah