Tempahan beg jeans 2015 #1

Hari ni show skit beg jeans yang orang tempah. Ni kes aku malas nak karang cerita. So kita tengok gambar je lah ye. Hashtag #1 tu nanti akan ada hashtag #2 #3 #4 kalau ada orang nak menempah lagi akan ku showkan lagi. Senang takyah nak fikir tajuk apa nak letak pasni kalau cerita pasal tempahan beg jeans. Ini pun kes malas. Malas nak fikir tajuk. Nak tulis tajuk entry pun pening kepala tau.




Lama giler nak siapkan beg ni. Dari sebelum beranak sampai airis dah masuk tiga bulan baru siap. Itu pun sbb customer kata nk pkai sempena tahun baru. Ni repeat customer. Offcourse klu yg repeat ni diorang nk sesuatu yg more different. Customer nak color hitam/kelabu dgn design yg unik. Jeans kaler hitam kebanyakannya plain. So aku kena design sendiri. Maka terhasillah begitu.



Yang ni minah kelate order. Dua minggu je dah siap. Tapi coz kelantan dilanda banjir lambat jugak posnya. Beg ni adaptasi dari beg yg aku pernah buat sebelum ni. Nak letak buku kuliah katanya. Padahal sebelum ni aku buat utk letak beg makanan. Apa apa ajelah wahai customerku. Beg jeans mmg sesuai untuk letak semua jenis benda. Tahan lasak gitu. .



Yang ni aku buat untuk yg beloved customer yang banyak kali repeat order. Sebagai tanda menghargai pelanggan aku dan my first liker Gallery Jeans Airis. Memula ingat nk kasi sling beg coz dia tak pernah order sling beg. Asyik order tote beg. Tapi ni pun dia tetap nk jugak tote beg. Nak versi cantum cantum pulak. Nak yg ni kita kasikan. . Semua dah selamat smpi kt tuannya.

Pada yang berminat nk order macam biasa boleh email edyeda@gmail.com. 





No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY