23 February 2015

Permohonan cuti tanpa gaji/cuti menjaga anak tak lulus?

Hujung bulan ni patutnya aku kena masuk keje. Dah abis dah ctg 2 bulan tu. Well... you know me punya perangai kan. Punya liat nak masuk keje lepas bersalin. Ntah perangai apatah. Orang lain elok je lepas bersalin pi keje. I byk pulak alasan. Anak kecik la, xada org nak jagalah. kenn. alasan semata mata. Sebab apa... ini  je peluang yg ada nak cuti lelama. Once dh naik keje ko tak dapek dah nak cuti. Hooii tak larat nk keje sampai pencen kot.

So awal bulan hari tu lelaju buat permohonan sambung cuti tiga bulan lagi. Suruh kakak aku faks kan je surat tu. Malas aku nk hantar. Nanti confirm kena ceramah. Itu pun hari tu diorg hold surat aku. Hari kamis kakak aku faks. Jumaat pagi kpsu call tiga kali aku tak jawab. Maaf ler i bz pepagi especially time airis tido laju je tangan ni capai senduk kuali. Bukan tak dengar ringing tp klu angkat miss soru pulak. Rugi masa jawab phone time airis tido lebih lebih no opis. hehe.. Kemudian masuk pulak sms drpd my kpsu tulis aku tak berkeperluan sambung ctg. Sape kata tak berkeperluan? Memandai je eh. Suruh aku naik keje bulan tiga ni, kawan kawan semua rindu. Sebagai satu pasukan kita kena bekerjasama, beban kerja makin bertambah takde sape nak tggung keje. Cheh rindu konon.. Fedulik aku nak ctg jugak.

Tiga hari pastu aku wasap my kpsu tanya kenapa tak nak luluskan aku ctg. Ikutkan aku mls nak amik port tak kasi cuti ke apa aku tetap nak cuti. Aku bukan langgar peraturan.  Dah termaktub dalam pekeliling yangaku berhak. Sebelum tu ada aku tnya tnya orang boleh ke ketua jabatan tak lulus cuti kita. Bukan ke cuti hak kita. Takut jugak kang jadi apa apa. Rupanya tahu tak cuti kita tu sebenarnya bukan hak kita. Kita terikat dgn ketua jabatan. Klu ketua jabatan tak luluskan kita bercuti kita kena kerja. What the hell?? Betui ke? Jadi buat apa bagi cuti 20 hari , 25 hari setahun cuti tu.

Ni aku nak cerita kes kawan aku ada mintak ctg atas sebab peribadi tapi tak lulus. Tiga kali isi borang still ketua jabatan tak nak luluskan. Pergilah tanya kat ag boleh ke kita nak keras kepala cuti jugak, ag kata tak leh nk buat apa kalau ketua jabatan tak nak lulus kenalah keje. Kuasa melulus cuti semua ditangan ketua jabatan. Sampai kawan aku tu buat keputusan nak berenti keje. End up ag tukarkan dia ke jabatan lain. Ada kan sorang penceramah terkenal sapa ntah tu namanya dulu dia keje kerajaan pastu mintak jugak ctg, tak tahu dia punya ctg tak lulus last last kena buang kerja. Tapi sekarang penceramah tu dah berjaya dah. Weh sampai macam tu sekali eh. Aku klu bos tak nak lulus cuti aku, aku pun nk berenti keje jugak. Mana tau lepas benti keje aku pun berjaya mcm penceramah tu kan. muahaha. Tak de makna ctg aku dah pun diluluskan.

Hasil perbincangan dengan my kpsu aku buat keputusan buat permohonan ctg lagi 19 bulan. Ambik kau. Biar airis genap dua tahun. Senang nanti diorang boleh poolkan aku. Tak nak lah susahkan org asyik nak tanggung keje akukan. Lepas cuti, cuti. Erm diorang ni nak bagi duit tambahan pun korang tak nak pehal ni. Bukan tanggung percuma. Apa ke kaya memasing nih. Kesimpulannya pada yang selalu duk email tanya aku klu ketua jabatan tak nak luluskan cuti jaga anak tu cam mana. Cam na lagi kena kerja lah. Yang duk mintak contoh surat permohonan ctg bukan aku tak nak bagi laptop aku dah takde soft copy dah tapi aku ada share kat entry sebelum sebelum ni. Korang searchlah kat popular post aku tu. Senang je tak yah nak buat ayat bunga bunga sangat janji sampai maksud dah. Yang nak bersambung sambung cuti pun boleh kata je nak sambung lagi dari tarikh sekian ke tarikh sekian. Antara ketua jabatan nak lulus ngan tak je sekarang ni..

Oklah nak pi menikmati cuti 19 bulan lagi. lalalala. . .


11 February 2015

Kek coklat kukus mudah dan sedap

Muahaha amboi sekarang selang sehari up entri masakan. hihi bagi can ah kat akak bermain dengan seo. Bulan puasa dah tak lama lagi ni. Akak nak le share resepi kek coklat yang baru akak buat minggu lepas. Lepas ni sape sape punya  birthday dalam rumah ni akak buat je kek kukus. Bukan saja mudah dan senang yang penting jimat. Kalau beli kat kedai tiga puluh ringgit tu boleh dapat lima enam kek ni ke lebih entah akak main agak je. Calculation fail. :-p.



Terliur tak tengok kek coklat kukus akak yang moist, hitam pekat gitu. Rahsianya choc rice tu dah tamat tempoh ujung bulan dis 2014. haha. Sabo je lah kakak aku ni. Yang dah expired di baginya ke kita. Expired expired pun tetap sodap. Meh cepat salin resepi.

Bahan kek :

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
3 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila

Macam biasa mula mula panaskan pengukus.

Ayak tepung gandum soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.

Putar telur dengan mixer hingga kembang. Masukkan gula dan putar hingga sebati.

Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli ngan air panas. Gaul guna senduk kayu. Jangan guna mixer lagi dah. Kaedah kaup balik kata orang ye. Aku gaul guna pemutar mixer tu ha. Takde senduk kayu aih. Hari tu aku lupa nak ayak serbuk koko  sekali ngan 3 bahan tadi. So aku gaul serbuk koko dulu baru bahan ayak. Tersalah step pulak tp tetap jadi. * Nasib baik je tu*. muahaha

Kemudian masukkan minyak masak dan susu pekat dan esen vanila dan gaul. Jangan over mixer ok.

Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam 15 minit. Jangan lupa selet loyang mgan marjerin supaya mudah nak keluarkan kek nanti dan juga tutup loyang dengan aluminium foil.


Sebelum di toppingkan.


Bahan topping :

1cawan susu pekat
1 sudu serbuk koko
2 sudu butter/ marjerin

Masak semua bahan diatas dalam periuk. Bila dah mendidih angkat dan tuang atas kek.Tabur choc. rice. Siap!

Aku biasa buat semua ni waktu malam pas airis tido. Walau pun senang payah nak buat waktu siang. Remeh banyak step. Malam tu hakeem ngan mr. mama makan dah dekat separuh habis kek tu. Maknanya apa? Sedaplahkan..

*tetiba berakak akak time nak bagi resepi dah kenapa. Dah rasa tua ke.


















10 February 2015

Kek pisang kukus pertama kali buat

Sejak sejak cuti tanpa gaji ni kemain lagi tau aku mengukus. Selepas kejayaan puding roti kukus tempohari semakin rajin pulak nak ke dapur nak kukus dan kukus dan terus mengukus. Bahagia tau bila dapat mengenyangkan perut insan insan tersayang. Tapi lepas ni mungkin aktiviti mengukus akan terhad on weekend je kot itu pun kalau tak penat keje sbb permohonan nak tambah ctg macam tak lepas. *sedih*. Yang ni kemudian cerita.


Ya allah rupanya senang giler nak buat kek kukus pisang ni. Hari tu masa pantang kat kampung mek ada buat. Dalam hati kata terrornya mil aku bab baking membaking. Rupanya... Kalau nak dibandingkan kek yang aku buat tekstur dia lagi lembut, gebu dan lembab dari mek buat. Muahaha.. Mek punya ada keras dan berketul sikit mybe mixer tak betul betul sebati. Pepandai jer. Haha membanding banding nampak. Ampun mek. Menantumu ini jujur sangat.

Ok untuk uolls yang nak menghasilkan kek yang gebu gebas lagi sedap, mudah dan ringkas moh salin resepi ni. Gerenti jadi. Aku yang pertama kali beli baking power dan soda bikarbonat ni pun boleh buat apatah lagi uolls. Kalau bukan sebab pisang setandan dah nak benyek di dapur, tak buat juga ni.

Resepi:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
4 biji pisang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

  • Mula mula panaskan pengukus. Lenyekkan pisang.
  • Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Putar telur dalam mixer hingga kembang, masukkan gula, minyak dan pisang putar lagi.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Kemudian masukkan esen vanila.
  • Last masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 40 minit. 
* tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tak menitik dalam loyang.




09 February 2015

Penulisan hakeem

Dah dekat sebulan dah kan hakeem sekolah tadika. Masa mula2 dulu berperang jugak tiap kali nk hantar. Now dah ok cuma kengkadang je buat hal sikit. Kena ready ayat ayat pemanis, makanan dan juga minuman. Means jajan ler. Kena kuat mental dan fizikal. Kalau tak kuat iman mak ko ni mcm papa ko confirm banyak ko tak datang tadika.

Bulan empat nanti hakeem genap empat tahun. Sebelum masuk tadika jujur yea aku tak ada buat apa apa preparation lgsg nak mengajar kat hakeem. Silap aku ler duk manjakan dia sampai kadang kadang pia rasa tersisih. Mmg lain la anak yang kita susu badan penuh dgn susu botol feelingnya. Setakat nyanyi abc, alif ba ta adalah. Menulis mmg tak ada. Pia aku ada ajar abc sebelum dia masuk tadika. Sikit sikit itu dia tahulah juga. Lagi pun pia masuk tadika umur 5 tahun.

Hakeem bukan mcm pia suka offer diri nak belajar, banyak tanya.  Akeem minatnya lebih pada ultraman dan lori. Tahap taksub dah. Kita ajar dia tak pay attention langsung. Pandai pulak buat alasan "akeem penat" " akeem ngantuk" "akeem nk tido" "akeem nk main" macam macamlah sampai skrg pun time buat homework. #urutdada mak kau.

Anak anak aku semua tak minat tulis ikut titik titik tu ye. Buku titik aku beli langsung diorang tak sentuh baik pia n akeem. Eh ke aku yang malas ajar. Muahahaha. Aku mmg risau lah hakeem tak reti menulis dan mengenal huruf dan nombor. Bukan aku 'M' nk ajar tapi klu mengajar akeem confirm temperature aku naik. Sudahlah sekarang tiap hari ada jr homework cikgu bagi. Isnin hingga kamis. Hari cuti tak bagi pulak. Pia dah siap akeem masih terkial kial menulis. Pegang pencil pun rupa orang tak larat. Riso.. Eh geram. haha.

Walau pun aku selalu kata aku jenis mak yang im okey jr  anak slow kecik lagi, not expect much tapi klu dah kata nama ibu confirm sedikit sebanyak ada mengharapkan jugak. Mulut je kata gitu hati sebaliknya. Sape tak bangga anak pandai wei . Sedih ler anak lambat dari orang lain.

Dah dah malas aku nak tulis pnjg lebar pasal hakem lg menambah kegusaran hati. Kegeraman pun ada sbb tak mo dgr cakap mama.



First homework Muhammad Amrullah Hakeem. Punya lama nunggu baru siap. Tu pun senget benget aku pejam mata jer. Kalau tak tak beranta. Padam tulis padam tulis sehari pun tak siap. Rabak buku buku duk memadam. Actually nak upload video hakeem tgh tulis huruf a tu tapi lambat sangat uploadnya bateri tab pun dah nak kong. Dia tulis huruf a tu sambil kata " bulat tarik". Buat bulat dulu pastu tarik kebawah sisi a tu. Tak sabar nak tengok perkembangan hakem sebulan lagi dari sekarang. Berubah ker?





04 February 2015

Cubaan pertama membuat Puding Roti Kukus

SEBELUM KUKUS

SELEPAS KUKUS.

Wallaweh sedap betul puding roti kukus ni. Ni buat beberapa minggu lepas. Tertelan telan ailior tengok gambar ni. Setelah sekian lama mengidam nak makan puding roti, almost setahun lebih kot baru ada kekuatan nak buat. Pes time makan kat hotel nobel masa kursus akruan tahun 2013. Eh nobel ke novel ke nouvo tak ingat ah nama hotel tu. Tak ingat tapi sedap betul chef tu buat puding roti

Kekuatanlah sangat... Padahal sebab dapat roti free npak expired. Kalau bukan sebab kakak aku bagi roti dah nak expired lagi sehari. Kalau tak, tak buat jugak. Bukan susah sangat nak buat. Tapi duklah bertangguh tangguh. Ni pun aku buat pukul 2 pagi kira roti expired 9hb aku buat 10hb lewat dua jam tarikh expired. Bedal jer. Kira halallah. Dah kukus dekat sejam hilang kot semua bakteria. hahaha.. I masih bernafas sampai sekarang oklah kenn. muahaha.

Resepi dia senang sangat tau. Cuma sebab aku sebelum ni tak ada pengukus, oven lebih lagi. Ni dapat buat ehsan pengukus rumah mak. Rumah aku mmg semua tak ada. Mixer pun aku rembat dari rumah mak jugak. 

Resepi

9 keping roti
4 biji telur,
1 tin susu cair,
Mentega/susu pekat untuk sapu pada roti,
6 sudu gula,
1 st esen vanila,
chocolate rice untuk hiasan.

Panaskan pengukus. Sapu marjerin/susu pekat kat depan dan belakang roti. Aku guna susu pekat sebab marjerin dah habis. Pastu potong roti kepada 8 bahagian. Susun dalam loyang sebanyak tiga lapisan.

Kemudian gaulkan telur, gula dan esen vanila sampai sebati. Sebab aku sapu roti dengan susu jadi aku kurangkan gula pada 5 sudu. Kang kencing manis pulak kang. Kemudian tambahkan susu cair gaul lagi sampai sebati. Aku gaul pakai pemutar mixer. Yang pengacau gaulan apa tah namanya tu pun aku tak ada. Kesian kesian.

Curahkan bancuhan atas roti tadi. Last taburkan chocolate rice atas roti. Kalau ada ceri ke kismis ke boleh buh sekali. Kat rumah aku takde. Kesian semua pun takde. Ate tak pernah buat semua ni. Chocolate rice pun ehsan kakak aku punya. haha. Semua ehsan orang. Kukus selama 40 minit. Dah siap simpan dalam peti ais. Esok leh makan. Lagi umm rasa dia. Aku makan la la tu jugak. Dap dap dap. .





 
Copyright by Aziazidah