04 February 2015

Cubaan pertama membuat Puding Roti Kukus

SEBELUM KUKUS

SELEPAS KUKUS.

Wallaweh sedap betul puding roti kukus ni. Ni buat beberapa minggu lepas. Tertelan telan ailior tengok gambar ni. Setelah sekian lama mengidam nak makan puding roti, almost setahun lebih kot baru ada kekuatan nak buat. Pes time makan kat hotel nobel masa kursus akruan tahun 2013. Eh nobel ke novel ke nouvo tak ingat ah nama hotel tu. Tak ingat tapi sedap betul chef tu buat puding roti

Kekuatanlah sangat... Padahal sebab dapat roti free npak expired. Kalau bukan sebab kakak aku bagi roti dah nak expired lagi sehari. Kalau tak, tak buat jugak. Bukan susah sangat nak buat. Tapi duklah bertangguh tangguh. Ni pun aku buat pukul 2 pagi kira roti expired 9hb aku buat 10hb lewat dua jam tarikh expired. Bedal jer. Kira halallah. Dah kukus dekat sejam hilang kot semua bakteria. hahaha.. I masih bernafas sampai sekarang oklah kenn. muahaha.

Resepi dia senang sangat tau. Cuma sebab aku sebelum ni tak ada pengukus, oven lebih lagi. Ni dapat buat ehsan pengukus rumah mak. Rumah aku mmg semua tak ada. Mixer pun aku rembat dari rumah mak jugak. 

Resepi

9 keping roti
4 biji telur,
1 tin susu cair,
Mentega/susu pekat untuk sapu pada roti,
6 sudu gula,
1 st esen vanila,
chocolate rice untuk hiasan.

Panaskan pengukus. Sapu marjerin/susu pekat kat depan dan belakang roti. Aku guna susu pekat sebab marjerin dah habis. Pastu potong roti kepada 8 bahagian. Susun dalam loyang sebanyak tiga lapisan.

Kemudian gaulkan telur, gula dan esen vanila sampai sebati. Sebab aku sapu roti dengan susu jadi aku kurangkan gula pada 5 sudu. Kang kencing manis pulak kang. Kemudian tambahkan susu cair gaul lagi sampai sebati. Aku gaul pakai pemutar mixer. Yang pengacau gaulan apa tah namanya tu pun aku tak ada. Kesian kesian.

Curahkan bancuhan atas roti tadi. Last taburkan chocolate rice atas roti. Kalau ada ceri ke kismis ke boleh buh sekali. Kat rumah aku takde. Kesian semua pun takde. Ate tak pernah buat semua ni. Chocolate rice pun ehsan kakak aku punya. haha. Semua ehsan orang. Kukus selama 40 minit. Dah siap simpan dalam peti ais. Esok leh makan. Lagi umm rasa dia. Aku makan la la tu jugak. Dap dap dap. .





2 Comment:

Kakzakie said...

Sedap ni Azi. Anak kakak suka. Kakak biasa tabur kismis sebab coklat rice jarang ada stock..

Rohani Hashim said...

Menarik!!!

Hany pn suka puding roti,tapiii selalu mmbe buatkan hhaha. Kena try yg kukus lak niii