Kek pisang kukus pertama kali buat

Sejak sejak cuti tanpa gaji ni kemain lagi tau aku mengukus. Selepas kejayaan puding roti kukus tempohari semakin rajin pulak nak ke dapur nak kukus dan kukus dan terus mengukus. Bahagia tau bila dapat mengenyangkan perut insan insan tersayang. Tapi lepas ni mungkin aktiviti mengukus akan terhad on weekend je kot itu pun kalau tak penat keje sbb permohonan nak tambah ctg macam tak lepas. *sedih*. Yang ni kemudian cerita.


Ya allah rupanya senang giler nak buat kek kukus pisang ni. Hari tu masa pantang kat kampung mek ada buat. Dalam hati kata terrornya mil aku bab baking membaking. Rupanya... Kalau nak dibandingkan kek yang aku buat tekstur dia lagi lembut, gebu dan lembab dari mek buat. Muahaha.. Mek punya ada keras dan berketul sikit mybe mixer tak betul betul sebati. Pepandai jer. Haha membanding banding nampak. Ampun mek. Menantumu ini jujur sangat.

Ok untuk uolls yang nak menghasilkan kek yang gebu gebas lagi sedap, mudah dan ringkas moh salin resepi ni. Gerenti jadi. Aku yang pertama kali beli baking power dan soda bikarbonat ni pun boleh buat apatah lagi uolls. Kalau bukan sebab pisang setandan dah nak benyek di dapur, tak buat juga ni.

Resepi:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
4 biji pisang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

  • Mula mula panaskan pengukus. Lenyekkan pisang.
  • Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Putar telur dalam mixer hingga kembang, masukkan gula, minyak dan pisang putar lagi.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Kemudian masukkan esen vanila.
  • Last masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 40 minit. 
* tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tak menitik dalam loyang.




No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY