08 April 2015

Cara buat lempeng paling senang orang tak reti buat pun confirm jadi

haaaa kemain panjangnya tajuk. Dah la lama tak update blog. Tetiba terus dengan resepi. Eh banyak tau cerita nak tulis tapi tak berkesempatan. Masa mencemburui ku.

Entri ni betapa aku nak tunjuk kat korang orang yang tak pandai masak mcm aku pun boleh buat lempeng. Semudah ABC. Samaada nak atau tak je masaknya. Dan janji korang ada kuali non stick.. Kuali non stick aku tu pun ehsan seseorang.

Dah lama sebenarnya aku ngidam nak makan lempeng. Siap tanya kat mr mama mek pernah ke buat lempeng. Susah ke tak. Kalau mek reti buat aku pun mesti boleh maksudnya. hihi. Tapi tanya kat mr mama buat apa dia masak telur ngan maggie retilah. Google je lah.

So gigih aku google resepi. Ada macam macam versi. Lempeng manis lempeng letak gula letak susu letak telur. Tak payah semua tu. Aku buat yang terpaling senang namanya lempeng lembut di tekak. Google banyak keluar yang ni. Sori aku tak kredit kat tuan punya resepi sebab lepas baca aku pakat ingat je bahannya. Senang sesangat takyah nak bookmark bawak tab kat dapur. muahaha.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu minyak masak.


Salin salin. Itu sahaja bahannya. Simple sesangat. Just satukan semua bahan diatas. Pastu blender bahan sampai sebati. Lepas tu amik sesenduk adunan tadi tebarkan dalam kuali non stick macam nak buat roti canai masak sampai kekuningan. Aku buat bulat kecik je. Kemudian terbalikkan untuk masak satu bahagian lagi. Siap. Makan dengan gula. Mabeles.

Lempeng tu aku gulung cam kuih ketayap dapat 7 keping dari adunan tu. Puas makan. Mr. mama je tak dapat rasa sbb keje. Pia n hakeem memuji muji mamanya masak sedap sangat. Padahal mama google sebelum buat. haha. Eh teringin nk buat kuih ketayap pulak...

Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.




2 comments:

Hani Sidek said...

weh... kalau leh wasap aku... wasap ek... no 0169303884... aku ada benda nak tanya... tapi masa tengah taip ni tetiba lupa pulak nak tanya apa... alahaiii... banyak makan semut ni...

Sya Nadia said...

Nak lagi senang? Buat cair lepas tu tuang ke dlm kuali biarkan jd bulat ikut bentuk kuali.. ni cara lg senang lah..tp org tua x suka cara ni..hehehe kalau buat mesti Kena marah..jd, kena buat cara biasa je

 
Copyright by Aziazidah