01 April 2015

Dah pandai bawak basikal dua tayar

Sebenarnya aku tak pernah bertarget nak anak pandai naik basikal umur sekian sekian. Tak penting kot. Dulu iyelah kita kita ni pergi sekolah sendiri naik basikal.

Sekarang nak bagi anak naik van sekolah pun takut. Nak nak pia perempuan. Eh lelaki pun bahaya jugak zaman sekarang ni. Buatnya diculik bawak ke thailand ke jadi pengemis ke. Hishhh mohon dijauhkanlah dari benda benda macam ni.



Sofea umur dua tahun empat bulan dah pandai kayuh basikal. Lima tahun empat bulan dah reti kayuh tanpa roda tiga. Sebulan lebih lepas beli basikal baru ni. Sofea jenis yang gigih selagi tak berjaya selagi tu dia cuba.


Cabut roda tiga tu pagi, petang dah boleh bawak keliling rumah dah. Eh tak sampai sejam ajar dah pandai. Gigih selagi tak betul betul berjaya selagi tu pia nak belajar pia nak belajar sampai pandai. Gigih ngikut azidah kata mr. mama. Bawak laju rupa pelesit. Tak macam akeem.

Hakeem bulan empat ni genap empat tahun kayuh basikal pun tak reti lagi. Setiap hari kejenya menolak je lah basikal tu. Zaman sekarang rupa dah terbalik. Pempuan lagi lasak dari lelaki.

Tak pe orang orang yang tak pandai naik basikal moto ni biasanya kaya kaya. Sebab diorang naik kereta. hahaha.. Ni ayat penyedap hakikatnya mak ko geram je nengok. Penat dah ngajo tak mahu mahu juga kayuh.

Rela berlari sambil tolak basikal bila nak berlumba ngan pia. Menang pulak tu. Yang ni sungguh ngikut mak ko jugak. Nanti sekolah boleh masuk merentas desa ye keem..

Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.

1 comment:

Sya Nadia said...

Aniq ni pun x pandai nak kayuh puas dah ajar..tp dia belum 2 tahun,nak mrh pun x boleh..tp yg geram,x pandai pun nak juga naik..basikal besar tu la yg paling dia suka..

 
Copyright by Aziazidah