12 August 2015

Berkaitan poskod pos laju

Hari sabtu lepas aku pergi pejabat pos. Nak pos beg. Sebab hari sabtu so aku decide pergi pejabat pos putra height. Kat situ ada playground. Boleh bebudak main sekali. Selalu hari sabtu amik nombor terus dipanggil. Tapi sabtu tu ramai plak orang. Giliran lagi tujuh orang. Kaunter bukak dua. Ikutkan tujuh orang dengan kaunter dua kira boleh cepat. Tapi setengah jam lebih pun tak panggil panggil lagi.

Bebudak dah gelisah tunggu. So aku suruh mak ngah tunggu giliran then aku angkut bebudak main kat taman. Biasa kalau weekday aku pergi pejabat pos mini puchong permai. Pejabat pos mini tak yah amik nombor. Beratur jer.

Tak lama kat playground makngah call kata aku salah tulis poskod. Bergegas iolls ke pejabat pos balik. Takut kena marah ngan mak ngah yang particular tu. Salin alamat pun boleh salah ker? Sebelum tu makngah kata budak kaunter suruh tulis balik slip pos laju. Start 1/8 slip dah tukar baru.


Inilah rupa slip yang baru. Gambar slip lama iolls tak de nak tunjuk. Malas nak snap. Aku tak tahu apa pasal pos laju nak tukar tukar slip. Slip lama tu ok what. Colouring lagi. Ni dal je. Tak mesra alam nak menulis. Paling seksa nak tulis alamat. Pi buat kotak kotak tu sangatlah menyusahkan. Tak muat nak isi alamat. Macam nak isi borang masuk universiti jer.

Back to salah poskod, terus iolls check dalam hp balik apa poskodnya. Nasib bawak yes kalau tidak mana nak ku connectkan fb. Aku tak guna paket data. Eh bila check betul lah pulak poskod tu. Ini mesti customer salah taip. Then telefon customer pulak. Nak balas fb takut bertahun tunggu balasan. Tak memasal kena  call. Saje nak perabihkan kredit betul. Sementara tunggu customer check balik poskod, budak kaunter tu kata jom kita google map. Customer ni kerja kerajaan. Bila aku google map sama pulak poskod yang customer bagi tu. Then customer resend balik pun alamat dan poskod yang sama. Tapi budak kaunter tu kata poskod tu tak wujud dalam sistem diorang. Tak boleh nak accept parcel. Dia mintak aku tukar poskod tu ke poskod lain yang dia syorkan. Eh mana boleh. Kang tak sampai macam mana? Ko tahulah sekarang ni kan macam macam kes melibatkan pos laju. Barang tak sampai lah itu lah inilah. Dah dua minggu pos pun tak sampai sampai. Aku macam tak percaya betul barang dah dua minggu tak sampai. Tapi the reality yang selalu viral di fb tu itulah. Aku syak yang lewat lewat sampai ni mesti beli kat dropship atau seller tak de barang in hand. Setakat aku beli and jual online ni paling lewat pos laju hantar, tiga hari sampai. Tak tahulah yang duk kapit, papar tu kan. Waulahua'lam.... Tak berani nak komen lelebih...

Kakak aku time tu dah bengang giler sebab budak kaunter dah suruh dia cari poskod tu dalam buku poskod tahun 2008. Memang tak adalah poskod tu sebab bandar nusajaya tu bandar baru. Yang aku pelik macam mana poskod tu boleh tak ada. Dah dalam intenet pun terang terangan bagi poskod yang tu. Adakah setiap pejabat pos tak link antara satu sama lain bila update. Ke kena update sendiri dalam sistem memasing. Agaknya selama ni tak ada sape yang pos surat ke nusajaya tu yang tak ada poskod tu dalam sistem pejabat pos putra height.... Kennnnn...

Kemudian budak kaunter tu kata tak apalah nanti isnin dia check balik ngan hq ke sapa ntah. Sebab tak de sape angkat dia call. Apa apa pun semalam customer dah terima beg. Tak ada apa nak diperbesarkan cuma pelik..... Korang tak pelik ke??? Dan mak ngah bengang sebab kena hadap tuduhan budak kaunter yang sombong tu sebelum iolls datang berlagak suci menyelesaikan masalah. Sori eh mak ngah... :p

1 Comment:

Syira Lokman said...

banyak juga isu org kt kaunter sombong yee