Harga selepas GST

Aku cuti bersalin hujung bulan sembilan 2014. Naik keje bulan tujuh 2015. Gst bulan empat 2015. Jadi semasa pelaksanaan gst 1 april aku tak rasa sangat. Nampaklah kenaikan barang 5sen, 6sen dua tiga posen. Aku anggap je harga memang nak naik. Tak gst pun tiap tahun ada je kenaikan barang barang. Lainlah kalau aku beli makeup 300ratus kena bayar gst berapa? rm18... Memang aku marah sangat. Setakat roti naik 5sen, tepung kfc naik 6sen, biskut tawar naik 50 sen aku ok. Bukan kaya. Memang tiap tahun harga barang ada naik kadang sampai seringgit dua, tapi bila gst naik lima enam posen kecoh satu dunia. Buat apa. Pepandailah cari barang yang tak ada jenama tapi kualiti superb. Banyak jer...Aku dah bertukar sabun basuh pinggan berlemon sedap sedap ke sabun basuh pinggan jenama tesco. Bersih jugak pinggan aku... hehe

Barang basah selalu aku beli kat kedai runcit @ pasar segar namanya. Barang basah memang tak de gst. Tapi kesan gst ada jugak kena tempiasnya. Ayam saiz sederhana dulu dapat sekor sepuluh ringgit, now dah naik dalam singgit dua. Tapi still ok lagi. Untuk seminggu punya stock budget dalam rm60 - 70. Bahagi seminggu sehari rm10 jer. Bahagi lagi dengan lima orang makan. Sehari spend rm 2 dapat makan pagi dan petang. That why aku prefer bawak bekal ke opis. Dulu masa bujang aku tak bawak bekal sebab tempat makan senang bawah bangunan jer. Lagi pun masa tu makan tengahari sekitar tiga ke empat ringgit dah puas makan. Sekarang??? 

Lepas tu tukar keje kat kdn, foodcourt mak ai jauh ujung dunia. Kalau ko makan kat situ jalan kaki balik opis kebulur balik. Dahaga pasti. Kena ada bekalan air manis manis sepanjang jalan or buah buah ke. (Kehendak mentekedarah sangat). Jadi aku bawak bekal. Pepagi masak. Kebetulan laki keje tak tentu masa. Kena sediakan makan tengahari dia terlangsung aku bawak bekal sekali. Cuma kadang jumaat atau isnin kalau kalau malas masak pi jugak beli kat foodcourt. Asyik makan makanan sendiri pun muak. Harga makanan kalau nasi + lauk + sayur RM5. Memula aku rasa mahal sebab masa keje kl boleh dapat empat ringgit lauk macam tu. Paling mahal 4.50. Lima ringgit kira tembolok kau kenyang kaw kaw. Lama lama aku redha. Jabatan/kementerian lain pun harga lelebih kurang macam tu jugak. Seiring dengan peredaran masa.....

Kemudian aku bertukar kat kastam which is opis sekarang. Masa masuk kastam hari tu bulan puasa. Foodcourt dia betul betul kat sebelah lobi nak naik lif. Tiap pagi naik lif mesti bau. Tergugat iman. Orang duk kata harga mahal mahal. Aku masih mengekalkan konsep di kdn. Bawak bekal. Kalau tak masak baru ingat nak beli atau beli je kat rumah aku tu pepagi dah ada orang jual nasik kerabu, nasi berlauk bagai. Sampailah syawal yang keberapa aku tak sempat nak masak sarapan. Dah habis idea nak masak sebenarnya.... Teringin nak makan nasi lemak kat rumah aku tu. Nasi lemak busu namanya. Nasi lemak busu ni dulu kalau buh paru baru rm2.30. Baru ni aku beli dah naik rm3. Kuih dulu 3 seringgit sekarang satu empat posen. Portion masih sama tapi harga dah kain. Terkujat sekejap kena bayar rm4.20. Kuih 3 dan nasi lemak lauk paru itu. Oklah fine. Masih reasonable... Walaupun bila dikenang geram jugak dari rm2.30 terus naik rm3.00. Kenapa tak rm2.50 ke rm2.80. Nampak rm3 tu mahal sangat. Nasi seciput jer. Kenapa kenapa??? Gst gst jawabnya....

Pastu sembang dengan kawan kawan opis yang tak masak, yang tak bawak bekal, yang selalu beli kat foodcourt lagi parah. Antara harga makanan yang ditawarkan dikastam... Bihun campur sardin dengan teh 0 rm 6. Tengahari amik nasi putih + ikan kerisi + sayur rm7.50. Nasi putih separuh + sayur sikit + lauk secoet (aku xingat lauk per) rm6.50. Harga berbeza beza ko amik banyak nasi lagi mahal. Amik sikit murahnya sikit jer. Terjojol mata aku mendengarnya. Semalam sembang dengan orang dari kdn yang baru bertukar ke kastam, ramai na orang kdn kena tukar kastam, foodcourt kdn sekarang nasi putih + lauk + ayam rm6.00 dah. Oooo betullah sebab gst. Memang tak de reason lain dah orang cakap kan. Nak wat camno. Tak makan lapar, makan sakit hati... Tapi aku tengok kalau lambat sikit je turun foodcourt bising diorang kata lauk dah licin....

Hari ni ada orang sedekah nasi lemak. Kosong jer tapi sedap... Ko rasa berapa rege? Aku agak rm1.50 ke mahu rm2.00. Idak aku menanya orang bagi free sibuk kita nak tahu berapa harga......

9 comments:

Nasz said...

walaupun barang basah tak kena gst tapi tempias mesti ada. sekarang barang yang tak pernah kena gst pun dah kena gst. Isu topup dah senyap. entahlah. kita ni mengadap je la apa yang kerajaan buat.

jemput ke blog saya : http://www.nasznadzeri.com

Ajuya Rashid said...

nasib baik la sedap..klu x sambil makan sambil bebel la

nurerna hazwani said...

Memang tak boleh buat apa dah kak. Gst muncul je semua kata GST punya salah....

http://alongwawaerna.blogspot.com

Mia Liana said...

rata2 ramai yang merungut pasal gst..

psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

acu yuhan said...

blogwalking ;)

Aimi Muhamad said...

blogwalking disini dari segmen Nak URL Blog #17 Mialiana.
http://cikjelita899.blogspot.com/

Fatihah Fazlin said...

ASSALAM...

singgah sini dari segmen blogwalking kak mia..:)

Eintan Nurfuzie said...

ntah la.. org bujg mcm cik en.. minyk keta beri impak yg bsr.. sbb rjin blk kg..

Cik Kumbang said...

Salam blogwalking dari blog Kak Mia

_______________________

Jom DIY (^_^)
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/search/label/DIY

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY