14 August 2015

Sofea & airis chicken pox

Renteten abang yang dah kena chicken pox, now turn sofea dan airis. Seminggu selepas abang baik mereka pun kena. Harapnya tak ada gelombang ketiga buat kami yang tua tua ni. Kalau kena kira rahmat juga boleh mc kenn.

Airis dan Sofea kena hari yang sama. Selesa lepas. Esoknya hari rabu ada jamuan raya kat tadika. Cikgu kata sofea boleh datang. Legalah aku sebab tak payah cuti. Cuti pun bukan banyak sangat tinggal. Tapi petangnya ustazah call kata pia dah duduk kat rumah dia. Airis sebab baru sikit rabu tu aku hantar juga kat taska. Amik petang rabu pengasuh bersuara baru ler kamis tu aku el. Jumaat aku halfday, mintak tolong ustazah jaga sekejap. Isnin selasa amik cuti lagi. Nasib rabu chicken pox airis dah kering sepenuh.

Airis kena sikit jer kat muka dan badan. Sofealah yang paling teruk kena. Opismate kata sebab airis menyusu badan tu yang tak banyak kena. Ic... baru perasan khasiat susu ibu sampai kesitu... Kalau airis tak ok lagi memang kena sambung cuti lagi. Payah nak bawak airis kat opis. Hari rabu tu, sofea aku tumpang letak kat opis mak ngah. Bos xde bolehlah mintak tumpang. Semalam ngan hari ni aku bawak pia kat opis. First timelah dia duk opis ni. Bosan je dia sebab sini tak leh bukak you tube macam kat kdn. Next week dah boleh sekolah rasanya. Dah kering dah semuanya.
Inilah port sofea duk kat opis. Puas suruh tido tak mahu mahu jugak. Lapik patchwork ni mak ngah yang buat. Ada juga ler dalam family aku yang jarinya berseni walaupun tak berapa nak mengikut arwah mak ayah. 
 
Tengah sujud.
Tengah baca doa.

Tak sia sia aku hantar pia kat tadika islam. Sampai pernah kata nak tukar sekolah. Sebenarnya apa lah yang lebih penting selain pelajaran. Doa yang dia baca tu semua doa untuk aku ngan mr. mama. Doa kepada ibu bapa. Siap remind kat aku kul satu nanti sofea nak sembahyang. Sebab aku period tu yang suruh pia sembahyang kat situ. Siap amik wudhuk sekali tau. Sekarang tinggal tanggungjawab aku didik sofea supaya terus istiqamah. Nak hantar sekolah asrama agama ke nanti????

2 Comment:

nur farahain said...

alololo, cian dia.
.
http://akuainkausiapa.blogspot.com/

Ain Athirah said...

Salam. Singgah bw dpd segmen Mia Liana

http://aennathirah.blogspot.com