Barang buangan


Baru baru ni mr. mama ada bawa balik laptop. Jumpa kat tempat pembuangan sampah. Aku kalau dengar barang barang terbuang macam ni memang tak berapa nak pandang. Bukan nak berlagak sangat tapi ya ampun barang lama lembs. Loading lama giler. Baiklah aku guna tab. Dua bulanlah laptop tu sekadar jadi tempat caj bateri telefon.

Dua hari lepas mr. mama suruh buat invois. Dah nak cari mana microsoft word. Terpaksalah pandang jugak laptop yang bersambung sambung wayar tu. Nampak tak belah kiri laptop tu... Itulah chargernya. Mr. mama sambung ngan apatah yang pasti bukan charger laptop sebenar. Janji boleh hidup. Terus rasa sayang pulak kat laptop ni.... Kalau nak tahu aku jenis yang sayang kat barang yang aku beli jer. Barang orang rejected ni kureng. Mesti owner laptop ni pun tak sanggup nak pakai laptop yang macam &%$&^*...Grrr je tau. Tapi mr. mama semua benda dia dapat dia simpan, sayang. Tak kisah lah elok ke dah sopek ke. Semua bagi dia ada nilai sentimental. Ingat tak dulu aku selalu cerita pasal dapat barang pindah rumah... Pi korek balik entri entri lepas. Dia lebih rela barang tu memburuk dari bagi kat orang. 

Eh uolls pernah dengan tak perkataan 'tombot'. Tombot ni arwah mak aku kata tempat pembuangan sampah. Tempat pembuangan sampah yang besar besar tu tau. Bukan kat tong sampah majlis bandaran kat tepi jalan rumah kita tu. 

Dulu masa zaman kecik kecik kalau beli gula-gula kat kedai runcit dapat yang dah lembik mesti mak cakap tu jual barang tombot la tu. Sebab time tu ramai sangat orang kampung pi kutip barang kat tempat pembuangan sampah lepas ada sorang pakcik ni jumpa duit kat situ. Kaya dah orang tu. Sapa pakcik tu sampai ke hari ni aku tak kenal sapa orangnya. Ntah betul ke rekaan cerita ni tak dapat nak dipastikan.

Korang ingat tak ada satu drama kat tv lakonan lydiawati dengan sorang hero ni. Tak ingat aku sapa. Si hero jumpa buku diari lydiawati yang lydiawati buang. Kat dalam tu ada tulis ciri ciri lelaki idaman dia. Senang-senang sihero tu berjaya tambat hati lydiawati. Cerita apa tu eh. Ada ke dalam kamus dewan perkataan tombot?. Korang pernah dengar ke tombot tombot ni?

*Aku taip entry ni pakai laptop tombot ni la. Uitt zalora ko. Nantilah kita cerita pasal zalora pulak....

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY