Fesyen gaun muslimah

Kebelakangan ni kan, kita tengok fesyen muslimah semakin mendapat perhatian ramai penggemar fesyen terutama sekali mereka bagi mereka yang berhijab/bertudung. Kalau dulu, wanita bertudung kurang terbuka mengenai fesyen disebabkan tak banyak pilihan pakaian muslimah yang menarik, trendy and up to date untuk digayakan. 

Nowdays fesyen Muslimah amat diterima baik dan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Salah satu jenis pakaian Muslimah yang amat digemari oleh hijabers adalah Gaun Muslimah. Dresslah maksudnya.....

Gaun muslimah/dress bukan sahaja dapat memberikan penampilan yang feminin dan anggun kepada si pemakai, gaun Muslimah/dress ini juga sesuai untuk digayakan ke apa jua acara.. Samaada bersantai bersama rakan-rakan dihujung minggu atau jika menghadiri majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan atau sambutan perayaan. 

Tak lama lagi dah nak raya haji kan. Apa kata jika korang pilih gaun Muslimah/dress untuk dipakai di pagi hari raya. Mesti meletup raya korang. Cubalah beri kelainan  sikit. Asyik pakai baju kurung je pun bosan jugak.

Sebelum tu ada sedikit info aku nak kongsi mengenai gaun muslimah/dress kalau korang nak beli. Shopping online ni kita tak boleh nak try. Nampak je cantik kat dalam gambar tapi tak semestinya sesuai untuk tubuh korang. Nak tempah memang dah tak sempat dah.



Bagi korang yang mempunyai bentuk badan yang kurus dan tinggi, rekaan flared dress seperti gambar di atas adalah sangat bersesuaian.


Manakala bagi yang bertubuh sederhana pula, korang boleh memilih rekaan tunic dress seperti dress hitam ini untuk kelihatan lebih menyerlah.



Dan bagi wanita yang bertubuh sedikit berisi, koleksi yang bersesuai adalah dari koleksi kaftan dress .


Semua koleksi gaun Muslimah seperti yang dinyatakan tadi bukan sahaja sesuai untuk wanita bertudung, malah boleh juga digayakan oleh wanita yang tidak bertudung.

Untuk dapatkan pelbagai jenis koleksi gaun muslimah boleh klik di SINI.

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY