10 September 2015

Jangkitan kuman & Cuti separuh gaji

Dua minggu lepas airis kena warded sekali lagi kat hospital putrajaya. Macam sebelum ni kes jangkitan kuman dalam paru paru dan ada virus influenza A. Bukan influenza A H1N1 tu tau. Kalau yang itu tak senang duduk aku. Panas bontot .. Ini masih boleh lek lek lagi. Menikmati hidup di hospital. Makan minum ditanggung. Kihkih. But still worried. Sapa tak risau oiii... Anak asal malam suhu 39 tak pun 40 darjah. Panas giler time nak menyusu.


Doktor masukkan air, pakai oksigen, amik nab dan antibiotik. First time melalui semua pengalaman ni. Susah betul nak nabkan airis sampai kena bedung. Setiap 4 jam kena nab pastu dah ok sikit continue 6 jam pulak. Lega. Tak sanggup tengok tiap kali nab melalak meronta ronta. Gambar nap tak de. Tak de sapa nak tolong amikkan. Tak kan time aku nak bersilat sambil nak selfie kot. 


3 hari pertama dapat duk bilik selesa. Dua orang satu bilik. Pastu kena tukar bilik empat tapi katil ada enam. Sebab tak cukup tempat patient ramai sangat. Sempit. Terus rasa nak balik....

Nowdays macam normal pulak budak budak dapat jangkitan kuman ni. Korang pi lah wad kanak kanak tu, boleh tanya hampir separuh sakitnya sebab jangkitan kuman. Dunia sekarang dah tak selamat.


Sebabkan laki tak dapat datang, rumah pun jauh, semua makanan pagi tghari, minum petang, mkn mlm semua aku belasah habis. Tak sedap belakang citer. Janji perut kenyang. Duk spital manjang lapo. Nak turun cari makanan, tak leh. Badan airis penuh wayar.

Lima hari duk wad doktor bagi keluar walaupun belum baik demam sepenuhnya. Lepas keluar dari wad, esoknya terus pi opis buat surat mohon cuti separuh gaji. Sebelum ni cuti tanpa gaji, sekarang ada peluang cuti separuh gaji kita mohon jelah. Aku tak nak nanti menyesal kalau jadi apa apa kat airis. At least dah buat apa yang termampu walaupun ada yang kata tak yah cuti pun tak apa. Kang jadi apa apa kat anak aku depa boleh kata apa "sabar lah naaa".....

Setakat ni cuti separuh gaji selama 14 hari dah diluluskan. Aku mohon cuti dua bulan lebih. Yang lebihnya kena mohon kat treasury. Harap harap lulus.....

1 comment:

Hani Sidek said...

Maryam kena mass umo 2 hari.. Syahdu rasa tgk bby new born kena gitu... Xsempat mengemping dgn mak lagiii.... Wuuwuuuwuuu..

 
Copyright by Aziazidah