13 October 2015

Barang buangan : Hp & Grill

Sebenarnya tak tergamak nak tulis tajuk macam ni. Tapi hakikatnya memang ni barang buangan. Nak tulis barang terpakai rasanya tak kena. Sebab barang ni owner dia dah buang dalam plastik sampah. Dah tak nak. Aku tak tahu nak kata apa. Nak kata rakyat malaysia ni kaya benar ramai gak yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. BRIM berebut orang isi. Ermmmm...

Bulan lepas laki aku keje part time bawak lori compack. Lori compack tu lori sampah. Pergi amik sampah dari rumah ke rumah. Kalau sampah yang letak depan rumah ada lori lori datang amik tu tau tau lah kan mesti kawasan orang kaya kaya. Yang sedang sedang ni biasa buang kat dalam tong majlis perbandaran jer. Laki aku kerja dia tukang bawak lori je. Yang mengutipnya indon-indon. Diorang nilah yang punggah segala sampah sampah tu. Pastu bahagi2kan dengan driver lori. Priority lebih pada driver lorila. Yang lebih2 tu baru indon tu amik. 

So inilah hasil yang laki aku dapat kutip. Ish ish sedih bunyinya. 


Nokia X3. Elok molek lagi. Selalu telefon ni masalah dia bateri. Tapi bateri hp ni, aku caj tahan tiga hari boleh guna. Tak tahu pasai apalah owner ni tak nak. Dah tak musim kot. Sebab aku pakai tab bila call dengar satu dunia jadi hp ni rasminya dah jadi milik aku. Wallpaper gambar airis lagi tu. Camera 3 megapixel jer. Jadilah buat tetangkap gambar anak anak...

Grill ni tuan rumah bagi direct kat mr. mama. Kaya tak kaya orang malaysia. Beli tapi tak nak pakai. Dapat pulak laki yang suka simpan barang laju je dia amik. Dah selamat laki aku membakar ikan patin kegemaran dia.

Ada lagi barang lain yang laki aku bawak balik macam speaker, earphone, ps2. Malas aku nk snap benda yang aku tak minat. Paling best mr mama ada bawak balik hp samsung note berapa ntah. Yang ada pen untuk tekan skrin tu. Yang tu pun owner rumah bagi direct kat mr. mama tp xleh nk guna lagi sbb batery owner tak bagi. Dah try pinjam bateri orang, hidup tepon tu. Seee.... Macam mana kerajaan tak naikkan yuran taska tahun 2016 nanti. Rm600 - rm800. My kad nak kena bayar seribu ye kalau hilang kali ketiga. Pitam mak......

1 comment:

Hani Sidek said...

tuan rumah ke tuan grill yang bagi?? hehe... untunglaaa... dapat barang free...

 
Copyright by Aziazidah