09 October 2015

Jalan-jalan : Taman Botani Shah Alam @ Bukit Cerakah

Last day cuti sekolah hari tu kitaorang sefamily pergi taman botani shah alam atau lebih dikenali sebagai bukit cerakah. Zaman sekolah rendah ini adalah tempat yang wajib dilawati dalam aktiviti sekolah kan. Sekarang? Kidzania apa... 

Dah hampir lapan tahun aku tak jejak kaki kat sini. Last pergi dengan mr. mama masa lepas exam sem berapa ntah untuk release tension. Kitaorang sewa bicycle pastu ikut laluan yang belah kiri yang berbukit bukit tu. Orang lain semua pi sebelah kanan. Konan nak privacyla.. Sekali amik rasa nak pitam kayuh ok. Bukit cerakah ni actually lebih sesuai untuk aktiviti riadah cam jogging and cycling.

Jika dibandingkan pergi masa zaman kecik dulu, masa bujang dan sekarang dah kawin tak banyak beza. Masih sama. Cuma pintu masuk yang dulu dah tutup, diganti dengan pintu masuk sekarang yang lebih luas di kawasan hadapan sebab ada banner kat luar tu tulis ada flea market. Masa aku datang tu tak ada flea market tu maybe cuti raya haji. Agak tak menarik pintu sekarang bagi aku. Yang lain lain masih sama. Tempat sewa basikal, taman-taman yang ada didalamnya semua masih sama. Yang membezakannya adalah tahap kebersihan. Makin worst.

Ada sesetengah kawasan aku tengok dah tak berapa terurus. Contohnya kawasan tanaman padi yang dulunya pernah dijadikan lokasi pertandingan explorace kini aku tengok dah terbiar. Kotor ada sampah sarap dalam paya tak ada sapa nak bersihkan ke. Pengunjung pun satu buang sampah merata rata. Kalau sekarang disuruh masuk dalam paya untuk buat aktiviti sebegitu lagi rasanya tak ada siapa yang lalu. Maybe sebab kat sini bukan favorite place orang ramai jadi penjagaan pun agak kurang. Tapi asal anak-anak happy aku ok jer. Kita enjoy! kata nora danish :p

Tak lama kitaorang kat sini dalam dua jam je pastu balik. Lagi pun time tu jerebu agak teruk. Esoknya sekolah tutup. Jom layan gambar gambar yang sempat aku snap kat sana. Mana dan jer. Banyak kat rumah empat musim pastu dah malas dah tangkap. Kena mendukung airis sebab lupa bawak kasut. Stroller tak bawak sebab cadang nak naik bus kan. Tapi naik bus dari pintu masuk ke rumah empat musim tu jer pastu jalan kaki ke taman haiwan sambil tengok sawah padi yang tak ada padi tu then balik. Bertitik titik gaklah peluh kalau hari panas. Nasib ler jerebu so redup. Airis paling bahagia sekali.



 


 
Nak letak gak gambar ni walau pun blur. Pia yang tangkap.

Budak ni hala je kamera memacam gaya dia buat. Bukan cam hakeem cepat keem nak tangkap gambar. Penat dia jawab. Ermmm.... 
 Tenang sangat tengok pepokok menghijau macam ni.
 Jambatan gantung ni agak tersorok. Berhampiran taman haiwan. Nasib baik kitaorang jalan kaki dan mr. mama nampak. Kat jambatan gantung ni drama betul. Laki aku tu pi goyang goyangkan jambatan dah semua memasing menangis nangis. Sampai bersujud sujud hakeem ketakutan.



Harga tiket masuk (dewasa) : RM3
Harga tiket masuk (kanak-kanak) : RM1 
Harga tiket rumah empat musim (dewasa) : RM3
Harga tiket rumah empat musim (kanak-kanak) : RM1

*aku tak ingat kanak-kanak start 5 ke 6 tahun. Hakeem 4 tahun tak kena.

2 Comment:

Anonymous said...

I know this if off topic buut I'm looking into starting my own weblog and was wondering what all
is needed to get set up? I'm assuming having a blog like yours
would cost a pretty penny? I'm not very internet savvy so I'm not 100% positive.
Any tips or advice would be greatly appreciated. Cheers

My homepage: Rise Of Darkness Hack

Anonymous said...

Waay cool! Some very valid points! I appreciate you penning this
article and also the rest of the site is really good.



Also visit my blog post ... how to hack scuffle myth