12 October 2015

Kumpul point di drypers baby club dan tebus pelbagai hadiah

Anak korang pakai pampers apa? Aku dari sofea sampailah airis guna drypers. Masa memula sofea lahir dulu aku guna fitty. Tak tahukan. Beli yang murah dulu tuk try and error. Sofea lahir bulan sepuluh. Aku pantang kat kelantan. Taulah kelantan hujung tahun macam mana cuacanya. Asyik hujan.

Jadi malam kuatlah kencingnya. Minggu ke2 guna fitty mula merah2 bontot sofea. So mil suggest beli drypers. Katanya elok. Yup walau pun sofea kuat kencing malam tapi tak adalah sampai merah merah bontot even kadang tak tukar pun pampers semalaman.  

Paling best bila kita beli drypers boleh kumpul point. Pastu boleh tukar dengan pelbagai bentuk hadiah. Tak tahulah pampers jenis lain pun ada program macam ni ke tak. Sebab aku tak pernah tukar ke jenama lain. 
 
Senang je nak nak redeem macam aku redeem kat atas ni. Dalam plastik drypers tu ada barcode yang membolehkan korang tebus hadiah secara online. Daftar je kat drypers.com.my, masukkan barcode, cukup point boleh tebus macam macam. Bukan setakat barangan drypers tapi permainan yang merangsang minda baby pun ada. 

Actually program ni dah ada dari zaman sofea lagi. Tapi sebab masa tu kena poskan barcode jadi aku malas. Dah ada online macam ni senang. Point aku tak banyak tu yang dapat tebus tiga benda ni jer. Baru tahu masa airis tiga bulan. Itu pun sales women kat mydin yang bagitau. Kalau tak sampai mati tak tahu. hehe... Hujung bulan 9 hari tu terus tebus, minggu lepas sampai. Diorang pos guna pos laju. Tak tahan aku nak simpan bebanyak point..  Jadilah kan.... Sapa nak bagi.

No comments:

 
Copyright by Aziazidah