22 October 2015

Peluang perniagaan yang menguntung

Zaman sekarang ini, aku yakin ramai yang selain bekerja sepenuh masa ada yang buat business part time kan. Nak cari duit lebih untuk menampung keperluan hidup. Juallah apa sahaja janji yang boleh mendatangkan duit. Mana kan tidak barang keperluan sekarang semua mahal. Lebih-lebih lagi selepas gst. Dan baru-baru ni kenaikan kadar tol. Aku pun tak terkecuali terkesan dengan kenaikan tol ni. Sehari nak ke tempat kerja pergi dan balik tol jer dah rm8.40. Pengsan tau…. Memang kena cari side income macam ni.



Bila kata nak buat business ni mesti ramai yang tak berani, takut gagal kan. Mr. mama tu berapa kali dah orang tipu tak bayar. Tapi sebab orang Kelantan ni minat berniaga. Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Cuba dan terus mencuba. Insyaallah pasti berjaya kalau kita tahu peluang perniagaan yang boleh mendatangkan untung dan berisiko rendah.

Korang pernah dengar tak Usahawan.com Sdn Bhd? Usahawan.com Sdn Bhd ni adalah merupakan syarikat 100% milik Bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kewangan MaIaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan seperti percetakan dan makanan.

Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat Usahawan.com Sdn Bhd adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju. Moto mereka ialah “Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana”.
Pakej perniagaan yang disediakan di Usahawan.com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.
Semua produk yang dijual adalah pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki segenap lapisan masyarakat. Usahawan.com Sdn Bhd juga memberi demo & latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan. Latihan tersebut akan diadakan di pusat latihan mereka di Senawang, Negeri Sembilan. Dan paling penting selepas korang membeli salah satu pakej yang mereka tawarkan mereka ini akan sentiasa bersedia memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat jika diperlukan secara berterusan. Taklah nanti korang terkontang kanting tak tahu nak buat macam mana dengan business yang dibuat tu.

Tengok ada pelbagai pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com. Antaranya pakej perniagaan percetakan dan makanan seperti pakej perniagaan button badge, pakej perniagaan cetak mug, pakej perniagaan t-shirt dan cenderahati, pakej perniagaan popcorn + kiosk beroda, pakej perniagaan takoyaki, pakej perniagaan waffle bubble, pakej krispy friend chicken dan banyak lagi.


Aku sangat tertarik dengan satu pakej perniagaan yang ditawarkan di Usahawan.com iaitu pakej perniagaan instant business card. Pada masa sekarang aku rasa business card adalah satu benda yang wajib ada pada semua orang. Nak berniaga kena ada business card barulah orang tahu business kita. Macam mana nak berhubung dengan kita.
Even blogger sekarang pun dah ramai yang buat business card. Iyelah nak bagi kat syarikat pengiklan dan rakan blogger yang lain tahu kita punya link blog kan. Tak kan setiap kali jumpa nak tulis kat kertas pulak. Bagi graduan lepasan bidang grafik atau sesiapa yang ada kemahiran design business card, ini adalah peluang keemasan korang untuk menceburi bidang percetakan ini. Dengan kemahiran yang ada, selain mencetak business card korang juga boleh mengembangkan perniagaan dengan mendesign business card customer kan. Modal untuk memulakan perniagaan instant business card ini adalah serendah RM550 sahaja. Murahkan?
Satu lagi pakej perniagaan yang menarik disediakan oleh Usahawan.com adalah pakej perniagaan pop corn + kiosk beroda. Kenapa aku kata menarik? Dengan modal serendah RM 1350 korang dah dapat full pakej untuk memulakan perniagaan pop corn.
Daripada mesin popcorn & chart, bahan mentah, kertas pembungkus, peralatan hingga ke manual panduan dan cd semua disediakan. Penghantaran juga adalah percuma sekitar semenanjung malaysia.
Perniagaan ini sangat sesuai untuk golongan seperti pelajar, pesara atau suri rumah yang nak berniaga secara part time. Depan rumah pun boleh berniaga sebab dah ada kiosk beroda dan ruang yang digunakan juga sangat kecik. Tak payah nak fikir nak buat tempat untuk berniaga atau sewa stall.
Sebenarnya ada banyak lagi pakej perniagaan yang disediakan oleh Usahawan.com buat peniaga yang nak berniaga secara kecil-kecilan dan sederhana. Modal pula adalah rendah dan risiko kerugian yang sangat minimal.
Bagi yang berminat dengan pakej-pekej tersebut, anda boleh membeli secara online dengan melayari lawan web mereka http://www.usahawan.com atau datang sendiri ke pejabat urusan atau cawangan-cawangan berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej yang di tawarkan.


Pejabat Urusan Seremban
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, 
Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Hotline: 1-300-888-114
H/P: 013-6063393

Cawangan Shah Alam
No 8-48 G, Blok 8, Ground Floor, 
Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil, 
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55235089
H/P: 012-2414471

Cawangan Johor Bahru
No 41-01, Jalan Pendidikan 3, 
Taman Universiti, 81300 Skudai, 
Johor

Tel: 07-5204034
H/P: 012-6738994

Cawangan Seberang Jaya
No 6, Jalan Todak 5, 
Pusat Bandar Seberang Jaya, 
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tel : 04 – 3838291
H/P : 019-6714844 

0 Comment: