08 October 2015

Tempahan beg jeans 2015 #5

Antara tempahan-tempahan customer yang masih mempercayai jari jemari aziazidah. hikss... Thank you so much. Sayang korang. Repeat order lagi. Tanya dua tiga kali walaupun dah tolak order.

Order dari orang kedah. Ini kali kedua order. Katanya kat kedah ada orang yang beg jeans tapi tak kemas macam akak. hewhew.. Kembang semangkuk...
Nak letak duit ringgit katanya.tali tu customer yang request macam tu.

Sing beg (Front)
Back

Order dari orang sekolah sukan bukit jalil ni. Pun ini kali kedua order. Patutnya ada tiga beg order tapi yang satu lagi aku tak leh buat sebab tak ada tool nak buat.
Beg diapers

 Side tepi (kanan)
 Side tepi (kiri)
Tote beg

Order dari orang shah alam. Tiga beg sekaligus. Terharu akak bila dapat terus nak pakai esoknya.
 Reversible bag. Boleh terbalik depan belakang. Tak suka jeans boleh terbalik guna lining heavy cotton.

 Tote bag.

Lagi satu drawstring beg. Cari gambar dalam hp tak jumpa pulak. Kalau nak tengok boleh tengok kat ig /fb aziazidah. Link ada kat tepi sidebar under "contact". Tak pun dalam blog ni boleh klik bahagian label beg jeans tu. Semua gambar yang lama lama ada dalam blog ni. Kat ig pun tak ada aku letak. Sebab aku bermula dari blog ni.

Aku besarkan tulisan tu sebab ramai sangat yang email/wasap nak tengok design beg jeans kak. Bila tanya nak patern macam mana, akak hantar je semua. Hantar lagi kak, hantar je semua. Nanti saya pilih yang berkenan. Kau rasa??? Kalau betul betul serius oklah. Walau pun banyak aku gagah jugak send. Tapi kebanyakan yang jenis macam ni sekadar datang seperti angin lalu. At the end "nanti kalau saya berkenan saya wasap balik ye kak". Haremmmmm..... Memang jenis macam ni jenis yang tak serius. Bagi yang tak serius tu korang skodeng jelah kat fb/ig/pages/blog. Semua link ada ditepi sidebar dan pastinya unprivate okeh. Harga semua aku dah state. Kalau yang serius tu mmg straight to the point jer "kak saya nak order beg ni sekian sekian". Yang paling tak menahan kak harga boleh kurang lagi tak?. Murah dah tu dik oi............

Macam biasa berminat boleh email/wasap k sebelum aku naik keje hujung bulan ni lagi lambat siap la kalau order.

0 Comment: