Kisah penyusuan aku dan anak-anak

Masa aku lahirkan sofea sekitar tahun 2009 aku memang naif sangat pasal penyusuan susu ibu ni. Bukan tak baca atau cari maklumat tentang penyusuan susu ibu semasa mengandung. Tapi pengalaman dengan pembacaan sangat-sangat berbeza okey. Aku ingatkan lepas lahirkan anak, automatik boleh terus susukan baby dengan jayanya. Tak sangka rupanya banyak halangan dan cabaran yang menanti untuk menjayakan menyusukan susu ibu sebenarnya.

Hari pertama kat wad bersalin memang aku tak nampak apa-apa masalah nak susukan sofea. Aku bersalinkan sofea dalam pukul 1 pagi hari sabtu. Bersalin waktu orang tak keje memang tak best kau tahu. Sebab doctor tak ada. Bersalin kat hospital kampung. Yang handle aku bersalin masa tu sorang misi jer. Kebetulan sebaik aku selamat melahirkan sofea terus sofea uk uk. Baguslah kan. Sebab kalau baby tak berak tak boleh keluar hospital. Tapi moment nak mendakap dan menyusukan baby lepas-lepas bersalin tu aku tak dapat. Misi tak kisah pun nak suruh aku bf baby. Dia sibuk nak cuci berak sofea dulu. Huhu.


Lepas naik wad baru aku dapat menyusukan sofea buat kali pertama. Baby baru lahir memang kerja dia tido je. Susu pun tak banyak mana. So okeylah. Tahu tak susu pertama yang keluar dari badan kita tu dinamakan kolostrum. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi. Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit birit, radang paru-paru dan selsema. Walau pun susu pertama yang keluar tu semacam cair dan jernih sikit tapi sangat berkhasiat untuk bayi kita. Sebab tu penting lepas bersalin kita terus susukan baby kita.

Lepas pulang ke rumah bermulalah kisah sedih aku dalam menyusukan sofea. Hari pertama dan kedua lepas bersalin, setiap kali sofea menyusu dua jam menyusu pun masih tak sudah-sudah. Apa kesss… Kebetulan sofea kena jaundice. Tinggi jugak dekat nak 300. Dah nak kena masuk wad. Masa bersalin tu aku kena gunting teruk. Pepaham lah kalau nak berulang alik ke hospital. Sakit ooo nak gerak banyak-banyak.

Doktor suruh kerap bagi susu. Selang sejam supaya kuning dia dapat dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Dah air susu tak de. Sofea melekap je tapi kencing tak banyak mana. Mertua dan ipar duai mula push suruh bagi susu formula. Time tu takde sapa nak support atau tolong fikir untuk cari jalan penyelesaian ke apa. Aku memang dilahirkan dalam family yang arwah mak fully breastfeedkan anak-anak dia. Memang stresslah kena push kiri kanan. Akhirnya terpaksa mengalah jugak bagi susu fm. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Tetanya kat kekawan nak banyakkan susu badan pun tak berjaya. Malam-malam menangis tepi katil cerita kat laki tapi mr. mama kata ikutkan je lah cakap mek. Laki pun tak membantu. Sebab dia pun tak tahu nak buat macam mana. Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sokongan dari suami sangat penting. Aku tahu time tu laki aku pun tersepit antara anak, bini dan emak. Kena dengar cakap orang tua yang lebih berpengalaman walaupun dia tak rela.


Time hakeem alhamdulillah aku berjaya menyusukan hakeem sehingga dua tahun. Kali ni aku dah pandai sikit. Clap hand to me… Lepas bersalin hakeem, susu sama je macam sofea. Tak berapa nak ada. Tapi lepas pergi berurut, berurut tang breast tu tau, susu keluar mencurah-curah. Haishh apsal masa sofea dulu tak terfikir nak urut bagai segala.

Buat ibu-ibu diluar sana, anda digalakkan menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan dan seterusnya sehingga ke dua tahun ye. Yang dimaksudkan secara eksklusif itu adalah susu ibu sepenuhnya tanpa makanan dan minuman. Air putih pun tak boleh bagi. Ramai yang tak tahu tak boleh bagi air masak kat baby untuk enam bulan yang pertama kalau korang menyusu susu badan sepenuhnya.

Sesungguhnya susu ibu adalah makanan terbaik dan lengkap bagi bayi. Tiada siapa yang mampu sangkal. Cuma masih ada lagi segelintir yang belum sedar akan khasiat dan kebaikan susu ibu. Biasa sangat aku dengar, masa pantang je ibu-ibu menyusukan baby. Lepas naik kerja terus topup dengan susu formula Daripada bagi EBM baik bagi susu formula. Diorang kata susu tu tak elok sebab dah simpan lama dalam peti ais. Sebenarnya walaupun ebm tahu tak khasiatnya masih jauh lebih baik dari susu formula.

Antara kebaikan susu ibu adalah dapat mengurangkan risiko mendapat pneumonia, cirit-birit, otitis media, asma, obesiti dan penyakit kronik yang lain dalam kalangan kanak-kanak dan remaja disamping melindungi daripada mendapat kanser payudara. Haa susu ibu ni bukan sahaja sebagai makanan baby masa bayi je tau tapi kelebihannya juga dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Bayi yang menyusu untuk tempoh yang panjang dan eksklusif juga kurang mendapat penyakit khususnya jangkitan gastrousus, pneumonis dan otitis media berulang. Habis kenapa airis tu kena jugak jangkitan paru-paru? Dah kata mengurangkan bukan 100% tak akan dijangkiti langsung. Lagi pun masa aku mengandung airis, 9 bulan tu boleh bilang berapa kali aku minum susu dan makan ubat yang klinik bagi tu. Itu memang my faultlah. Sampai sekarang aku menyesal tapi aku tak bagi tahu kat sapa-sapa terutama kat doctor. Matik kena marah. Airis lahir tak cukup berat berbanding abang dan kakak dia. Tapi benda dah lepas. Yang penting untuk kesihatan dan kebaikan baby kita pemakanan yang seimbang adalah sangat penting semasa mengandung mahu pun selepas melahirkan. Tanpa makanan yang berkhasiat jugak susu badan boleh drop tau. Susu ibu juga mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak. Orang kata siapa yang minum susu ibu lagi bijak. Betul ker?

Aku berani kata beza sangat anak yang menyusu ibu dengan susu formula. Based on experience aku. Tiga orang anak aku, dua daripadanya menyusu badan. Airis aku berjaya  menyusu dengan susu badan sepenuhnya selama lapan bulan. Perangai dia sebijik dengan hakeem. Bukan aku nak cakap anak yang menyusu susu formula tak bagus. Tapi jalinan kemesraan antara anak yang menyusu susu ibu sangat berbeza rapatnya dengan cara anak yang kaedah penyusuannya lain. Hakeem dan airis kalau dia sedih ke merajuk ke dengan aku dia tak akan baik atau berenti nangis selagi tak dapat kata kemaafan dari aku. Berbanding dengan sofea kalau dia berkecil hati atau merajuk dia akan duduk di satu sudut dan berdiam diri untuk berapa ketiga kemudian akan happy bermain semula. Maybe jugak sebab sofea dia independent. Dari kecik aku dah hantar taska pun sama. Tapi apa yang pasti beza ah anak yang susu badan dengan susu lain. Menyusu susu badan ni pun mudah dan menjimatkan. Tak payah korang nak hangkut segala thermos, botol susu, pencuci botol kalau nak travel kan. Ini dapat mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan yang lain.

Penyusuan susu ibu ni bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi tetapi juga kepada ibu itu sendiri. Aku nak share sikit pasal berat badan aku lepas bersalin. Masa mengandungkan sofea hari tu berat cecah sampai 68kg. Lepas sebulan sofea lahir berat turun 15 kg. Tapi pinggang masih tak mengecil. Ikutkan aku pakai seluar saiz 27/28. Kena pakai seluar saiz 33. Tiga empat bulan lepas tu baru slowly turun. Tak macam time hakeem dan airis sebulan je bersalinkan diorang aku dah dapat berat badan asal 48kg. Seluar yang masa sebelum mengandung pun dah muat. Inilah kebaikan susu ibu. Tak payah nak buat senaman pun boleh turun badan secara automatik.

Selain itu, penyusuan susu ibu dapat melambatkan kedatangan haid. Time sofea dulu, sofea dua bulan period aku dah datang. Sebab tu cepat je aku dapat hakeem. Sofea sepuluh bulan aku dah disahkan mengandung kali kedua. Padahal time tu aku pjj dengan mr. mama. Time hakeem, period aku datang balik masa umur hakeem  dah setahun lebih. Sememangnya penyusuan susu ibu mampu menjarakkan kehamilan. Penyusuan susu ibu juga boleh mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovary. Barah payu dara memang pembunuh utama wanita. Takut tau lebih-lebih lagi aku pernah ada operate lump. Untuk mendapat kanser payudara adalah tak mustahil. Jadi mencegah itu lebih baik daripada merawati ye tak?


Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu bukanlah mudah. Sokongan keluarga, ilmu pengetahuan yang cukup dan semangat yang tinggi dalam diri sendiri mampu menjayakan penyusuan susu ibu. Telah terbukti penyusuan susu ibu mampu meningkatkan taraf kesihatan kita sekeluarga. Untuk itu jangan lupa layari laman web http://www.infosihat.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan gaya hidup yang sihat.

Tempahan beg jeans 2015 #6

Kan dah kata habis-habis aku up cerita beg jeans. Beg-beg ni semua aku buat masa cuti separuh gaji hari tu. Alhamdulillah banyak jugak order sepanjang cuti tu. Sampai ada yang aku tolak, yang tak siap-siap lagi hingga sekarang pun ada. Sori sangat-sangat bagi yang tertunggu-tunggu. Memang sekarang tak sempat nak menjahit. Hari keje balik dah letih memang tak pegang mesin. Sabtu ahad siang tak kan dapat pegang jugak sebab bun everytime aku labuhkan punggung kat #kerusikuningku itu mula dia bergayut-gayut kat kaki aku. So masa yang ada hanya malam sabtu dan ahad sahaja. Boleh bayang berapa banyak je aku larat jahit.

Selain tu aku tengah nak fokus mengajar anak-anak setiap malam at least satu jam. Risau sangat tahun depan sofea dah nak darjah satu. Banyak lagi yang dia belum catchup. Tak leh nak harapkan cikgu seratus peratus. Zaman sekarang budak-budak tak sama dengan zaman kita dulu.. Sebab tu sekarang aku private ig. Tak ada beg baru. Nanti bila ada baru aku open balik ig. Tapi sesiapa yang nak follow dulu boleh je nanti kita lelaju approve okeh.

Sling beg tempahan akak dari shah alam. Kakak ni dah dua kali tempah. Kakak ni the only one customer yang nak cod. Hari tu dia datang rumah semata-mata nak amik beg ni sebab aku tak de kereta nak pergi tempat yang biasa kitaorang cod. Lepas balik dia wasap nak order lagi 3 beg. Tapi macam tak sempat jer nak buat. 

 
Tempahan dari terengganu. Untuk letak breastpump. Aku tak tahu beg breastpump tu macam mana. Tapi rasanya better ada tali panjang dan boleh jinjit dengan tangan. Maka terhasillah sebegini.

Beg breastpump ni aku tak buat adjuster sebab macam biasa seluar jeans tak panjang mana. Kalau letak adjuster lagi memendekkan tali beg sedia ada. Terima kasih laki jadi model tak berbayar.

This beg belong to orang terengganu tadi. Sebenarnya beg breastpump tu aku design macam ni memula. Tapi sekali ukur terkecik pulak. Still dia nak. Pengumpul beg katanya.




Tempahan dari sarawak. First dapat customer dari seberang laut. 

Sekian show kali ni. Fyi, buat masa sekarang memang aku tak terima sebarang tempahan beg jeans lagi tapi aku ada buat ready stock dan akan upload kat ig dalam masa terdekat. Boleh follow ig aku dulu ye kalau berkenan. 

Homescholling?

Aku akui walaupun anak dah tiga tapi aktiviti homescholling ni masih baru mendapat perhatian dihati. Patutnya masa jadi fulltime housewife jaga hakeem dulu aku dah buat aktiviti homescholling ni. Adalah ajar sikit sikit tapi tak berapa proper. Sudahnya hakeem masa hantar kat taska serba terkapai-kapai berbanding rakan sebaya dia yang lain. Nasib baik budak lelaki akal ada 9. Aku tengok laju jugak dia catch up lepas masuk tadika ni. Tak sangka boleh mengeja, menulis dan menghafal. Kalau diberi didikan dirumah rasanya lagi much better. Insyaalllah mama try my best. Better late than never. Aceceh... 

Aku terpanggil dan terkesan dengan homescholling selepas ustazah wasap gambar bun belajar masukkan pencil dalam botol. Ustazah kata leka sangat dia. Memang kat rumah pun dia suka masukkan mainan dalam apa jua penutup yang ada. Mama dia jer yang tak perasan minat nak belajar bun yang membuak-buak tu. Ok nanti kita pergi diy, kedai rm2 cari bahan-bahan ye... Nanti bila tu tak tahu ler.. Kihkihkih

Target aku nak ajar sofea dan hakeem bahasa english. Bun sekali la. Rasanya untuk umur hakeem sedang-sedang elok ajar sekarang. Tapi sofea agak lambat. Dah nak masuk darjah satu pun. Like i said better late than never kan. Ada sebulan lagi sebelum naik darjah satu. Cuti sekolah pulak tu. Budak-budak tu bukan tak suka nak belajar tapi maknya mmg ada banyakkkkkkk sifat M.... Doakan semua aku istiqamah yer.

OOTD : Baju paling murah tapi selesa

Alololo kemain lagi nak berootd bagai. hikhiks...

Baju dari poplook. Tudung AJ beli kat zalora. Bila pakai cam gini ada yang tegur ada event apa hari ni. Hamboi hamboi kasi canlah akak melaram sekali sekali.

Ni ootd hari jumaat lepas. Ada EKSA kat opis. Kemas kat tempat sendiri-sendiri jer. Tema baju warna merah. Aku tak beli baju EKSA opis. Tu yang pakai baju ni adalah merah merah sikit. 

Memang dah lama minat kat baju ni. Tapi takut nak beli sebab dia kata ukuran bahu 40cm. Besar ko. Aku pakai baju bahu 36cm/14inci. Kebetulan masa cuti separuh gaji hari tu poplook ada buat sales sampai 40%. Selalu ah poplook ni ada sales. Korang kena jadi bijak je macam aku. Beli time sales kalau rasa was was nak beli online. Jadi taklah rugi kalau salah. Haha.. 

Baju ni actually memang dah on sales item. Dah lama dah baju poplook keluarkan. Nak clearkanlah tu. Harga asal baju tak silap 60+ jadi 25+-. Pastu tambah lagi sales on sales tahu tak jadi berapa. Aku beli baju ni siap postage RM 15.30. Bijak tak bijak aku. Jatuh baju ni berapa semua. RM 9.30!!!. I likee.... Bila try cutting cun cun kat badan. Tak ketat tak longgar sangat. Just nice. Tang bust ngan shoulder semua ngam ngam soi. Lagilah berbaloi baloi...

Barang terpakai : Almari hias & almari dapur

Kalau mr. mama ada kerja pindah rumah mesti akan ada barang-barang perabot yang dia bawak balik. Kadang-kadang rimas. Sebab rumah kecik. Tak tahu nak letak mana. Nak kasi kat orang bukan senang. Mr. mama ni nak kata kedekut tak. Dia punya sentimental value tu sampai rela barang tu memburuk kena buang daripada bagi orang dan dapat pahala. Tak faham aku.

Lepas aku marah, sapa tak geram kan barang elok-elok orang bagi rosak macam tu jer. Padahal ramai je yang nak. Nak free laa... Yang nak beli pun ada. Tapi bila ada yang bertanya laju dia simpan dalam rumah. Sampai penuh barang dalam rumah. Now dia dah takut takut jugak nak bawak balik sebab confirm akan dengar aku membebel. Mana yang tak berapa cantik terus bagi kat orang atau pekerja. Yang cantik-cantik tanya bini dulu nak ke tak nak. Heheh...

Almari ni orang puncak jalil bagi. Macam cantik jer macam comel nak bagi kat orang. Terus aku letak kat dapur. Actually masa on the way balik ada dah bangla nak beli rm150 tapi sebab owner dia follow lori mr. mama jadi agak-agakla nak jual kan. Orang bagi kita pi menjual apa rasa hati dia... Duit tu nak bagi ke sapa nanti. Share dua ke? :-p

Almari ni pun cantik juga. Arwah mak ada beli patern cam gini buat letak tv cam aku buat tu. Bawah letak pinggan mangkuk. Atas susun perhiasan. Now orang dah tak pandang dah almari macam ni kan. Nak deco pun dah tak musim. Sebab almari ni menjimatkan space aku amiklah. Tapi tak boleh nak letak pinggan mangkuk bawah tu lagi kang anak-anak main pecah pulak.

Mulanya aku letak rak tv kat situ. Tapi tengok letak almari hias ni lagi kemas dan tersusun. Tu yang keluarkan rak tv yang dalam gambar tu. Dah rak tv tu tersadai kat luar rumah pulak. Asalnya ada orang nak beli rak tv tu tapi kena angkut naik tingkat 4 tak de lif. Dah la rak tv tu berat sangat. Tak kuasa... Rosaklah lagi jawabnya tu dah tiap petang ujan kena tempias.

Kembali bekerja

Hai hai hai...

Rindu sangat kat blog ni. Dah lama tak update. Tak tahulah nak kata tak sempat atau tak ada cerita. Malassssssssssssnye nak update laa.

Aku dah start keje. Pagi ni datang opis ramai yang mengeluh jalan banyak tutup sebab Formula E sabtu ni. Kata tutup malam ni pukul lapan. Tapi pagi ni dah ada certain jalan yang dah ditutup. Semalam sape yang tunggu bas kena halau. Nasib baik mak ngah cepat sampai. Kalau tak dengan aku aku kena halau. 

Petang ni nak balik tak tahulah macam mana. Bisinglah mak ngah tu. Esok lagilah depan kastam tutup habis. Kena jalan jauhla nampak gayanya. Awatlah menyusahkan lagu ni. Tahun lepas tak pernah rasa pengalaman segini sebab keje kat presint 1 kan...

Antara laluan yang akan ditutup. Sila hindari jalan-jalan ini. Kalau tak boleh mengundang kepanasan hati.


Semangat kerja hari pertama. Yok kita puasa. Nak habiskan puasa ganti. Sekali tgk hari perut mendidih kelaparan. Bukan tahap mendidih menggelegak dah. Terus buka puasa dan pertama kali beli makanan kat foodcourt opis. Not bad lah. Hari ni ingat nak puasa sekali tengok apa mak ngah tulis tu terus tak jadi puasa. hahaha... Nasib baiklah kan sebab petang ni nak balik confirm kena jalan kaki jauh.

Banyak gila bekal nak kena sediakan pepagi. Anak-anak, diri sendiri dan kalau ada lebih bagi kat jiran sebelah rumah@makngah. Kalau tak puasa memang bawak bekal pergi keje. Petang balik keje terus masak tuk makan malam dan tuk bekal esok. Kalau rajin dan bun tak meragam pepagi buat breakfast tuk diri sendiri dan anak-anak. Bun punya bekal ke taska masih istiqamah buat sampai ke hari ni. *Bun nama manja airis* :)


Ni ustazah wasap gambar kata bun ikut dia amik bebudak balik sekolah. Amboi bun sebijik perangai abang akeem. Nasib airis behave cuma bun demand tak nak duduk taska. Nak tido kat rumah ustazah. Nak tido atas tilam empuk le tuuu. Dasar anak mama.
Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY