Keputusan Ujian Penempatan Kelas Sekolah Agama

26 hb Nov hari tu sofea ada ujian nak tentukan kedudukan dalam kelas sekolah agama. Aku sampai 9.20am. Ujian start pukul 9. Jangka tamat 10.30am. Sepuluh kali aku baca surat tetap set dalam mind ujian start pukul 9.30am. Patutlah masa nak cari parking tengok tak de satu umat budak pun berlegar-legar kat hall. Semua dah duduk dalam kelas. Cikgu pun dah bagi explanation. Tak kan lah dalam surat suruh datang awal semua menurut perintah. Parah betul otak mak ko sofea...

Ujian tamat awal dalam 10.05 am. Lepas habis ujian tanya sofea dia kata sampai je terus kena buat muka surat 3. Jadi muka surat 1 & 2 buat tak? Buatlah lepas siap semua tu. Semua ada 9 muka surat. Betul ke jawab semua soklah tu. Cepat benar.. 

Antara soklan yang ditanya kata pia mana satu ciptaan allah & mana satu ciptaan manusia? Pia kata kereta dia buat ciptaan allah. Allahurabbi..... Dah la datang lambat, salah pulak. Kalau gini changes nak datang kelas pertama macam ermm la kan. Pastu sekejap sekejap dia kata boleh jawab, sekejap lagi pia macam tak tahu. 

Keputusan keluar 14hb Dis. Isnin hari tu balikla awal. Pergi beli buku sekolah sekali tengok keputusan ujian kelas tu. 

Nama sofea yang nombor tiga tu. Dapat kelas 1 Ehsan. You know what kelas 1 ehsan kelas keberapa? Kelas pertama untuk sesi petang!!! Terus kembang kuncup mak engkau. Gembira, sebak, terharu semua perasaan ada dalam hati ni. Mak ko dulu pun masa darjah lima dan enam baru dapat masuk kelas pertama. Memula dulu kelas ketiga@last ko. Anak dapat masuk kelas pertama haruslah gembira tahap the max. Kalau dapat result nombor satu tak tahu macam mana nak melompatnya. 

Sepetang tu keje meluahkan perasaan. Mr mama senyum je. Mr. mama apa tau, aku ni yang duk high pressure setiap hari. Mengajar setiap malam masa cuti tanpa gaji hari tu. Ada ke cikgu tadika bagi homework tiga empat muka surat masa bulan ramadhan. Untuk apa? Inilah hasilnya. Tak sia-sia juga tiga hari sebelum ujian tiap malam mengajar sofea. Juga tepat pilihan mama hantar tadika islam. Tadika yang orang kata tak glamor tu. Tapi akhirat nanti glamor u. 

Ini kelas sofea. Satu ilmu kelas pertama sesi pagi. Sofea sek. kebangsaan sesi pagi jadi sekolah agama sesi petang. Dapatlah kelas satu ehsan. Kawan mr mama cakap cikgu kata kelas keberapa pun tak penting. Nanti dah belajar oklah. Mana boleh tak penting. Jadi kenapa nak diadakan ujian penempatan kelas? Murid tahun 2 - 6 pun di pampang juga kedudukan kelas. Pentinglah tu...

Pengalaman aku dulu masa duduk kelas last memang semedang cikgu jarang masuk. Berbanding dua kelas pertama tu. Orang kata sekarang cikgu lebih menumpukan perhatian pada semua murid sebab nak kekalkan kecemerlangan sekolah. Ntah.. anak ko dapat kelas akhir haruslah ko cakap macam tu. Cer anak ko dapat kelas pertama lainlah pulak intonasinya kan... Sape tak bangga weh. Semua mak mak mesti bangglah anak dia pandai. Aku tak tahulah macam mana perasaan mak aku dulu bila aku bawak balik result upsr dapat 1A jer. Mesti ada sedih jugak dalam hati tapi mak aku tak tunjuk je tu.

Dulu aku memang sekolah agama kat sini. Aku ingat lagi kelas sofea tu bilik guru. Sekarang sekolah ni dah bertambah tiga bangunan. Dulu ada dua jer. Time aku darjah enam bangunan satu lagi dalam pembinaan. Aku tak sempat merasa bangunan yang dua tingkat tu. Bila tengok, masuk dalam sekolah ni teringat nostalgia zaman dulu-dulu. Tempat jatuh lagikan dikenang. Rinduuuu sangat zaman kanak-kanak. Masa kanak-kanak xsabar nak besar sebab malas nak pergi sekolah asyik belajar belajar belajar...


Hebat juga sekolah agama ni. Semoga sofea one of the student yang akan cemerlang tahun 2021.

Aku masih tak tahu beza antara sekolah agama dengan kafa. Yang aku tahu kafa tiap bulan kena bayar yuran. Kalau sekolah agama bayar sekali je awal tahun. Yuran every month average dalam rm8-9. Kafa kena bayar rm30 yang kat putrajaya tu. Member bagitau. Sekolah agama pia ni bawah Jais. Kafa yang putrajaya tu bawah Jawi ke?. 

2 comments:

Sya Nadia said...

wah..tahniah sofea....

Lady Of ZFA said...

hai ! selamat tahun baru .
ain singgah sini :)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY