02 December 2015

Majlis Kecemerlangan dan Graduasi Sofea 6 Tahun

Hari ni dua-dua member unit terimaan bercuti. Jadi iolls ada lebih masa nak publish dua entri. Bukan sebab member cuti kita pun cuti kerja. Mana boleh tak berkat rezeki tu nanti tau. Cuma kerja aku ni tak banyak dan bermusim. Sib baik pilih jadi pembantu akauntan dari PTKew dulu. Tak silap keputusan kita. Kita suka dah duduk kat kastam ni. Dulu masa kat kawalan filem rasa nak mati keje setiap hari kejar masa. Kena tanggung kerja cc lagi. 

Pengalaman lalu mendewasakan diri ini. Jangan tunjuk pandai dan rajin sangat nanti bila rerajin semua keje orang hambat kat kita. Now.. i am no body, no body., no body no.... Cer teka lagu apa tu? ?? Walau pun begitu bila bos suruh cover keje aku ok je nak belajar. Aku bukan pekerja derhaka. Belajar hari tu setengah hari jer. Amik amik nota apa yang patut pastu isnin semalam terkial-kial buat. Nak tanya orang lain pun tak de siapa tahu. Itu semalam hari ni pukul sebelas dah siap. Expert dah. Petang nanti baru nak sambung skit lagi. Matching matching penyesuaian pulak. Sementara tunggu petang, ada masa terluang tak tau nak buat apa, bosan giler so taiplah entri ni. Yang sorang lagi punya keje aku tak buat. 

15 November hari tu ada majlis kecemerlangan dan graduasi tadika pia dan hakeem. Sebenarnya tak ingat pun tarikh tu tapi sib baik je nampak kat gambar hakeem tu.

Altamat sudah sofea dua tahun sekolah tadika amali falah. Keputusan periksa akhir tahun hari tu still dalam lingkungan dua puluh-an daripada hampir 60 orang murid.





Gitulah serba sedikit gambaran suasananya sebelum naik pentas amik sijil dan goodies. Bila dah dua kali lalui benda macam ni mood nak amik gambo pun kurang. Lebih-lebih lagi ada anak kecik.

Ootd. :-) hehheh heh


Budak empat tahun dan lima tahun pun dapat jugak beg dan naik pentas. Dalam beg yang besar tu cuma ada sepeket kecil gula-gula jer. Itu pun dah buat hakeem kemain happy. Tak lepas pegang beg tu. Hakeem periksa dapat no 5 daripada 12 orang murid empat tahun. 

Ok, itu saja cerita dimajlis ini. Pintu belakang aku ni asyik bukak tutup bukak tutup taulah orang aku tulis blog nanti. Chow....

0 Comment: