07 January 2016

Giant Putra Height

First entri 2016. Dah seminggu tahun baru, baru ada kesempatan nak update blog. Well sibuk dengan urusan anak masuk darjah satu serta penutupan akaun akhir tahun. Duduk opis baru dapatlah merasa sikit bahang kesibukan hujung dan awal tahun tuh. Selama aku kerja dalam perkhidmatan kerajaan tak pernah lagi hujung tahun kena stay back atau tak boleh cuti. Tapi tahun lepas aku mohon cuti anak nak orientasi darjah satu tak lepas. Kena datang kerja jugak lepas abis orientasi tuh. Sokey....

Berkaitan dengan giant putra height ni. Giant putra height tau. Giant lain-lain aku tak tahulah. Ada amalkan perangai macam ni ke tidak. Dah lama aku duk perati. Since lepas gst ni selalu sangat buat promotion. Iklankan dalam surat khabar metro. Hari jumaat je kalau beli paper metro bertabahlah lihat promosi dari giant, tesco dan court mammoth. Boleh menggugat iman. Buat promotion tu bagus tapi....

Fyi aku jarang membeli barang rumah kat giant. Bagi aku harga dia sedikit mahal dari pasaraya yang lain. Selalu aku tengok pampers drypers sebelum gst dilaksanakan harga dia sekitar rm40++. Tapi selepas gst harga dah bawah rm40. Sama macam harga kat supermarket yang lain. Hasil diorang punya promosi tu la. Sabun basuh top & daia pun selalu jugak ada promosi. Aku guna sabun basuh jenama tu. Then minyak masak pun antara yang selalu ada promosi.

Pastu kalau pergi giant putra height ni diorang ada buat section corner untuk makanan dan minuman ringan harga dari Rm1 - rm5. Macam air botol soya, pepsi saiz kecik tu rm1 jer. Kat luar rm1.80. Kalau time clearance sales air tin coke/pepsi boleh dapat serendah rm0.40. Air botol coke bersaiz besar rm1 jer. Tu yang aku suka. Kalau nak beli barang-barang ni pada harga biasa memang tak ah aku. Tak elok kan... Murah lets.... Sekali sekala...

Tapi yang jadi masalahnya, giant putra height selalu tak pamerkan harga. Hari tu aku gi giant, nampak botol sos cili life tu diorang duk susun kat atas peti sejuk beku. Padahal kedudukan untuk sos cili dalam rak yang sepatutnya jauh sangat dengan kedudukan peti sejuk beku tu. Kalau dah letak macam tu aku assume mesti murah. Nak tengok harga tak letak pulak. Dah satu kerja nak pergi check kat mesin price checker. Itu tak pe lah. Kadang bila kita check kat mesin pengimbas harga tu pun kebiasaannya giant tak update. Tetap letak harga lama. Padahal terang-terang dalam paper tulis harga lain bila bayar harga lain pulak. Kalau mesin pengimbas tak update automatik kat cashier pun sama. Dah banyak kali aku terkena. Nasib baik lah aku ni jenis particular. Dan kalau beli kat giant aku beli sikit jer. Yang ada promosi dan yang menguntungkan sahaja.

Dalam pada aku duk berjaga-jaga tu ada jugak terkena sekali dua. Aku yang beli barang tak sampai sepuluh item pun boleh terkena inikan orang yang beli satu troli. Pernah satu hari tu aku beli selipar hakeem. Dia tulis kat situ harga selipar asadi rm10.90. Bila aku bayar tengok harga jadi rm13.90. Aku pergi balik kat tempat selipar tu terdengar orang giant putra height ye membebel kata customer asyik kecah belek2 baju sekolah. Penat dia nak lipat. Lantaklah... Yang aku nak tahu sekarang harga selipar tu. Tapi tak sedap jugak telinga ni dengar bebelan pekerja tu. Ko tahu tak pelanggan kat giant ni bukan banyak mana pun. Setiap kali aku datang kaunter bayaran tak pernah yang bukak semua sebab orang tak ramai kan...

Berbalik pada selipar hakeem tu, rupanya bila aku belek2 kat tempat bakul selipar asadi rm10.90 tu ada satu je selipar asadi dalam tu. Yang lain semua selipar rm13.90 . Selipar aku tu tak ada tanda asadi tapi aku assume yang tu selipar asadi sebab patern selipar asadi memang macam tu. Bila pekerja yang membebel tu nampak aku yang terpinga-pinga kebengangan dia pun tanyalah. Macam aku cakap, selipar yang aku beli tu bukan selipar asadi nak cakap apa. Ini kira kes menipu. Letak satu je selipar asadi dalam banyak-banyak selipar pastu letak harga RM10.90. Macam mana nak tahu itu asadi ke bukan.

Lagi hari tu aku ada beli air tin clearance sales. Clear2 tanda harga kat air tin rm0.40. Sekali balik rumah aku check cashier punch rm1.00. Aku tak checkla lepas bayar tu sebab aku igt dah terang terang ada tanda harga kat air tin mesti cashier tu tau. Tengok paling tidak. Rupanya tak. Sebelum ni aku ada beli keropok rota saiz besar harga kat papan tanda rm0.99 bila bayar jadi rm1.49. Aku beli tiga. Dah rugi rm1.50. Singgit lima posen jer pun . Cer darab dengan 50 customer. Tak buta-buta giant dapat untung rm75. Bila aku tanya kat cashier harga kat papan tanda dia tulis 0.99 kenapa punch 1.49. Dia kata yang rm0.99 keropok rota saiz kecik. Tapikan sah sah mata aku tgk semua keropok rota dalam tempat yang giant letak tu saiz besar. Aku tak jumpa satu pun saiz kecik. Dah aku malas nak bertekak terus blah.

Baru baru ni pulak kakak aku nak beli minyak jenama naturel. Harga yang diorang letak kat paper rm19.90 kalau tak de free gift. Yang ada free gift rm21.90. Okla... Bila kitaorang pergi kat giant putra height ni macam biasa tak letak harga. Bila bawak kat kaunter aku suruh cashier tu punch dulu tengok harga berapa. Cashier kata yang tu rm19.90. Tapi aku suruh punch jugak. Tak nak tertipu lagi. Sekali punch tau harga berapa rm27.90. Aku tak faham sebab ada free gift daripada rm19.90 terus jadi rm27.90. Bukan dah namanya free gift ke. Perlu ke naikkan harga untuk dapatkan free gift. Yang kat paper tulis rm21.90 tu yang mana.

Korang kalau pergi giant putra height sila berhati-hati okeh. Make sure check resit betul-betul lepas bayar. Until now modus operandis giant putra height dapat keuntungan dalam diam masih lagi berjalan sebegini cara. Geram sih.

No comments:

 
Copyright by Aziazidah